Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki M’sia didakwa rogol anak hingga hamil, ditahan selepas diburu 3 bulan

Feb 8, 2024 | 5:17 PM
PDRM
PDRM - Foto hiasan

MELAKA: Seorang lelaki berusia 38 tahun yang bersembunyi selama tiga bulan selepas didakwa merogol dan menghamilkan anak perempuannya yang masih remaja, akhirnya berjaya ditangkap.

Ketua Polis Melaka, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Zainol Samah, berkata suspek ditahan di Kampung Kelemak Dalam pada tengah malam 6 Februari.

Beliau berkata polis melancarkan gerakan memburu suspek, seorang buruh, selepas pegawai perubatan Hospital Melaka membuat laporan polis pada Oktober lalu selepas mendapati seorang pesakitnya berusia 16 tahun telah dirogol.

Datuk Zainol berkata suspek mempunyai rekod jenayah enam kesalahan berkaitan dadah.

Beliau berkata mangsa mula mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Durian Tunggal di sini pada 11 Oktober 2023, lapor The Star.

Datuk Zainol menambah, kakitangan klinik mendapati remaja itu hamil dan merujuknya ke Hospital Melaka pada hari sama. Dia melahirkan seorang anak perempuan pada 5 Februari lalu.

Katanya, suspek kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg