Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sarjan polis disyaki rogol pelajar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sarjan polis disyaki rogol pelajar

Jan 24, 2024 | 01:21 PM



SERI ISKANDAR (Perak): Seorang pegawai polis berpangkat sarjan sedang disiasat kerana didakwa merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun.


Pelajar berkenaan dipercayai dirogol di dalam kereta dua kali, masing-masing di hadapan balai polis dan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Perak Tengah, pada Julai dan Oktober 2023.

Menurut satu laporan Berita Harian Malaysia (BHM) pada 23 Januari, sumber berkata perbuatan suspek berusia 42 tahun itu terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya baru-baru ini.


Polis sudah memanggil mangsa bersama ahli keluarganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Perak untuk dirakam keterangan mereka.


“Identiti suspek dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa. Polis juga merampas dua telefon bimbit, milik remaja berkenaan dan suspek,” kata sumber itu.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu pada 20 Januari.

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.


“Polis sedang menunggu serahan laporan kesihatan oleh pihak hospital. Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati tiada kecederaan luaran pada mangsa,” katanya.


Sementara itu dalam satu kes berasingan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, pada 23 Januari mengesahkan penahanan empat anggotanya pada 19 Januari kerana disyaki terbabit memeras ugut seorang peniaga kedai makan yang menjual air ketum.

Dalam kejadian di Taman Desa Gombak, Kuala Lumpur, pada November 2023, mangsa dan rakannya didatangi empat lelaki tempatan mengaku sebagai pegawai kanan polis yang kemudian melakukan pemeriksaan ke atas rumahnya.

Sejumlah 20 bungkusan minuman yang dipercayai air ketum ditemui di situ. Berikutan penemuan itu, anggota polis terbabit meminta mangsa membayar RM10,000 ($2,829) jika tidak mahu dikenakan tindakan.

Beberapa hari kemudian, suspek dikatakan sekali lagi menghubungi mangsa dan meminta RM1,000 sebagai cagaran bulanan, sebelum meminta RM500 lagi selepas itu.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 18 Januari.

Susulan aduan diterima, empat anggota polis yang bertugas di sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di Selangor dikenal pasti sebelum ditahan pada 19 Januari untuk siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >