Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pegawai agensi rasuah didakwa merompak wang, barang bernilai RM1j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pegawai agensi rasuah didakwa merompak wang, barang bernilai RM1j

Dec 13, 2023 | 05:41 PM



KUALA LUMPUR: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara tiga tertuduh yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 13 Disember, atas dakwaan merompak barangan serta wang tunai berjumlah hampir RM1 juta ($290,000) milik ahli perniagaan warga China.


Dua pegawai SPRM terbabit, Muhamad Haffiz Mohd Radzi, 33 tahun dan Mohd Fahmee Mohamad Nor, 41 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, manakala tertuduh ketiga, Azwan Asli, 38 tahun, yang juga bekas pegawai agensi penguatkuasaan itu, membuat pengakuan sama di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan rompakan secara berkumpulan ke atas harta kepunyaan Encik Kun Gao, iaitu wang tunai sebanyak RM952,690 dan 1,225 yuan ($231), selain satu bagasi serta beg berjenama.

Berita Harian Malaysia pada 13 Disember melaporkan, mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 12 tengah hari, 10 Disember 2021 di sebuah kediaman di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Di hadapan Hakim Izralizam, Timbalan Pendakwa Raya, Cik Izalina Abdullah, mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin masing-masing terhadap Muhamad Haffiz dan Mohd Fahmee.

“Syarat tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya.


Namun, peguam bela Muhamad Haffiz, Encik Ravichandaran Selliah, memohon jaminan RM5,000 ke atas untuk anak guamnya selepas menyifatkan cadangan jaminan pihak pendakwaan keterlaluan dan tinggi.

“Anak guam ada dua anak berusia lima dan dua tahun. Dia pegawai SPRM Gred 41 dan bergaji RM3,000 sebulan,” katanya.


Beliau menambah: “Jika dibuat pengiraan, cadangan jaminan RM30,000 adalah 10 kali ganda daripada gaji bulanan anak guam yang tiada risiko melarikan diri.”


Peguam bela Mohd Fahmee pula, Encik R Vikraman, berkata penjamin yang hadir hanya menyediakan RM4,000 untuk menjamin anak guam.

“Anak guam ialah bapa tunggal yang menanggung nafkah bekas isteri dan seorang anak, ada penyakit tekanan darah rendah dan bertugas sebagai pegawai akademi SPRM Gred 44 dengan gaji RM3,500 dan elaun RM1,000 sebulan,” katanya.


Hakim Izralizam kemudian membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan serta dua syarat lagi yang dicadangkan pendakwaan, selain menetapkan pada 5 Februari 2024 untuk sebutan semula kes.


Di mahkamah berasingan, Hakim Siti Aminah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap Azwan dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan. Sebutan semula kes juga ditetapkan pada 5 Februari 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >