Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Beku sambal ayam 4 tahun jadi pengubat rindu warga M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Beku sambal ayam 4 tahun jadi pengubat rindu warga M’sia

Mar 18, 2024 | 03:38 PM



MELAKA: Biasanya, barang peninggalan merupakan pengubat rindu bagi mengenang dan memperingati mereka yang telah pergi.


Tetapi bagi Cik Nur Hidayu Supian, beliau menyimpan sambal ayam masakan arwah ibunya.

Dalam satu hantaran pada akaun TikTok beliau pada 29 Februari, beliau memuat naik gambar hidangan itu yang dibekukan sejak pemergian arwah ibunya, Allahyarhamha Julia Ab Ghani, selama empat tahun.

Beliau menjelaskan: “Ada ke orang yang simpan makanan dalam freezer (peti beku) bertahun-tahun? Sayalah orangnya.

“Sebab ini adalah lauk yang dimasak oleh ibu buat kali terakhir. Walaupun lauk ini tak diusik atau dijamah, saya tetap simpan dalam peti beku.”

Hantaran itu tular di media sosial dan kini mempunyai lebih dua juta tontonan setakat ini.

Beliau menambah segala barangan berkaitan dengan arwah ibu masih disimpan dalam rumah, termasuklah baju yang disimpan rapi dalam almari.

Mentelah kalau beliau rasa rindu, baju-baju itu turut menjadi penglipur lara kerana mungkin ada “bau ibu yang masih tersisa”.

“Kadangkala bukan saya tak redha atau tak terima hakikat tetapi sukar ingin dijelaskan.

“Hanya insan yang mengalaminya tahu makna kehilangan sebenar. Bagi saya, ibu sentiasa ‘hidup’ dalam hati ini selamanya,” ujarnya.

Berkongsi kisahnya dengan Berita Harian (BH), Cik Hidayu menyifatkan sambal ayam masakan ibunya berbeza daripada segi rasa kerana beliau “tidak dapat jumpa di mana-mana sampai sekarang”.


Ia sajian yang mudah tetapi serba-serbi cukup dari segi kemasinan, kepedasan, kemanisan dan kepekatan, tambah beliau.

Warga Taman Tanjong Minyak itu menjelaskan: “Jujur sehingga sekarang, saya rindu masakan ibu saya… (barangkali) air tangan arwah ibu yang masak lauk itu menambahkan kesedapan.

“Nilai sentimental yang ada pada sambal ayam itu turut membuatkan masakan itu tak sama dengan orang lain,” jelasnya.

Beliau berkata ibunya meninggal dunia pada Mac 2020 akibat serangan jantung pada usia 49 tahun.

Cik Hidayu berkata beliau sempat mempelajari beberapa masakan turun-temurun keluarga seperti lauk lemak Jawa – hidangan berasaskan daging bersama petai serta beberapa bahan lain – ketika arwah ibunya masih ada.

Di samping itu, tudung biru yang dibelikan beliau sempena hadiah hari lahir arwah ibunya yang ke 48 tahun pada 24 Mac 2019 masih disimpan rapi dalam almari.

“Saya masih simpan tudung ibu yang arwah pakai semasa hayatnya. Beliau tak basuh tudung itu dan kerap gunakannya hampir setiap hari.

“Tudung itu antara yang saya simpan hingga hari ini. Walaupun sudah empat tahun kepergian ibu, biarlah sambal ayam itu dalam peti beku, tudung biru ibu saya simpan rapi untuk dijadikan sebagai pengubat rindu,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >