Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tindakan wanita M’sia kutip mainan semai sifat simpati ramai

Mar 15, 2024 | 6:26 PM
Beberapa wanita yang dipercayai pekerja pembersihan memeriksa barang mainan yang dibuang bagi menentukan apa yang boleh dipakai semula dan apa yang telah rosak.
Beberapa wanita yang dipercayai pekerja pembersihan memeriksa barang mainan yang dibuang bagi menentukan apa yang boleh dipakai semula dan apa yang telah rosak. - Foto TIKTOK/AZZX970

SELANGOR: Mainan merupakan antara barang yang seringkali dibuang begitu sahaja apabila ia sudah tidak lagi digunakan atau sudah rosak.

Namun barang mainan sedemikian adakalanya menjadi khazanah bagi segelintir golongan yang mungkin kurang berkemampuan kerana ia boleh dibaiki atau dicuci agar kelihatan seperti baru.

Hal sedemikian dilihat seorang guru di sekolah tempatan apabila terpandang – dipercayai pekerja pembersihan – di kediamannya mengutip mainan yang dibuang di tempat pembuangan sampah.

Kejadian itu dirakam dan dimuat naik ke TikTok akaun Azzx970 setelah tersentuh hati melihat adegan itu.

View post on TikTok

Pengguna tersebut dikenali sebagai Encik Azzam dan difahamkan beliau seorang pendidik di Sekolah Kafa Al Amin.

Video yang dimuat naik pada 26 Februari itu tular dan setakat ini mendapat lebih daripada 360,000 tontonan.

Menerusi video itu, dapat dilihat seorang wanita mencangkung sambil memeriksa barang mainan yang telah dibuang.

Rakannya pula dilihat menyapu mainan yang tidak boleh digunakan lagi.

Beliau berkata: “Gembira terletak di mana kita bersyukur (dengan) apa yang ada.

“Pagi ini nak sidai kain, tersentuh hati lihat mereka pilih mainan dari tong sampah.”

Sambil bermuhasabah diri, beliau turut tersentak dengan sikap segelintir golongan dalam masyarakat yang membuang barang sedemikian sewenang-wenangnya.

“Orang kaya, kita buang la mainan lama ni nak (anak)... nanti kita beli baru.

“Orang susah pula, mainan elok lagi. Bawa balik rumah bagi anak-anak mesti mereka seronok,” tambahnya.

Video tersebut mengundang reaksi terharu dalam kalangan warga net, dengan ada yang bersimpati dengan tindakan yang dilakukan pekerja pembersihan terbabit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg