Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beli jet terpakai Kuwait: Menteri pertahanan digesa jelas alasan

Oct 30, 2024 | 10:51 AM
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen (AP) Bebas mempersoalkan alasan di sebalik rancangan Kementerian Pertahanan Malaysia mahu memperoleh jet pejuang F/A-18 Hornet terpakai dari Kuwait.

Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) menegaskan bahawa pesawat lama itu tidak akan menandingi jet tercanggih negara jiran Singapura.

“Izinkan saya bertanya pada menteri pertahanan, berapakah pesawat pejuang yang kita ada yang masih aktif? Dan apakah kewajarannya untuk kita membeli 35 buah pesawat FA-18CD terpakai dari Kuwait?

“Mampukah ia menyaingi (jet) F35A yang dibeli (oleh Singapura)?” soal Dr Zulkafperi dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober, lapor Malaysiakini.

Bekas kapten tentera itu merujuk kepada laporan berita baru-baru ini berkenaan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan hasrat kementerian mendapatkan kira-kira 38 jet pejuang Hornet lama Kuwait.

Dalam ucapannya, Dr Dzulkafperi menyeru agar Malaysia mempertingkat sistem pertahanan udara, sambil memetik Singapura yang sudah pun menaik taraf armada jet pejuangnya.

Beliau berkata Singapura akan menjadi satu-satunya negara di Asia yang mempunyai jet F35A yang meletakkan mereka jauh lebih maju dari segi aset ketenteraan di rantau ini.

Memperoleh sistem pertahanan udara yang komprehensif bukan pilihan bagi Malaysia sebaliknya adalah satu kemestian, tegas Dr Zulkafperi.

“Kita tidak boleh leka dan selesa dengan keadaan semasa. Reformasi besar-besaran terhadap sistem pertahanan negara mesti dilakukan dengan segera. Kertas putih pertahanan perlu diperkukuh dengan pendekatan strategi yang lebih tuntas khususnya dalam memperkasakan pertahanan udara Malaysia.

“Tindakan yang perlu kita lakukan adalah pertama memperkasakan keupayaan satelit bagi mengawal selia ruang udara negara.

“Kedua, memperkenalkan sistem perlindungan udara. Mungkin kalau tak keterlaluan kalau saya katakan seperti Iron Dome di Israel.

“Ketiga, tambah bilangan keupayaan pesawat tempur atau jet pejuang negara, memperlengkapkan sistem peluru berpandu untuk menangkis serangan yang mungkin berlaku,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg