Bersatu gantung keahlian Naib Presiden, Ketua Wanita 2 penggal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersatu gantung keahlian Naib Presiden, Ketua Wanita 2 penggal

Mar 10, 2026 | 5:56 PM

Bersatu gantung keahlian Naib Presiden, Ketua Wanita 2 penggal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Ketua Srikandi, Ronald Kiandee, Mas Ermieyati
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ketua Srikandi (Wanita) Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, digantung keahlian selama dua penggal pemilihan parti. - Foto fail NSTP

Dua lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Timbalan Presiden parti itu yang dipecat, Datuk Seri Hamzah Zainudin, digantung daripada keahlian Bersatu, berkuat kuasa 10 Mac.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ketua Srikandi (Wanita) Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, digantung keahlian selama dua penggal pemilihan Bersatu atau enam tahun.

Datuk Ronald yang berkongsikan surat Lembaga Disiplin Bersatu mengenai penggantungan itu di Facebook, turut mempersoalkan mengapa beliau hanya digantung dan tidak dipecat.

Menurut notis penggantungan oleh Lembaga Disiplin Bersatu itu, Datuk Ronald dan Datuk Mas Ermieyati dikenakan tindakan kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Kededua mereka menegaskan tidak akan membuat rayuan mengenai penggantungan itu kepada Lembaga Disiplin.

“Saya telah menganjurkan program Reset dan hadir bersama Datuk Hamzah dalam perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) di Bangkok (Thailand). 

“Jika benar itu adalah satu kesalahan besar, mengapa tidak dipecat? 

“Keputusan ini menguatkan lagi persepsi Lembaga Disiplin parti kini digunakan sebagai alat politik untuk melindungi Presiden dan kelompok kecil di sekelilingnya. 

“Apatah lagi, lembaga ini dipengerusikan oleh individu yang mempunyai hubungan keluarga dengan kepimpinan tertinggi parti,” kata Datuk Ronald lagi.

Datuk Ronald menegaskan beliau menyertai Bersatu sebelum ini kerana percaya ia adalah wadah perjuangan, bukan alat untuk memenuhi cita-cita politik individu.

“(Namun) sejak dua tahun kebelakangan ini, hala tuju parti semakin jelas tersasar apabila segala tindakan seolah-olah tertumpu kepada satu matlamat, mengangkat Tan Sri Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri ke-11.

“Sesiapa yang dilihat berpotensi menjadi penghalang kepada agenda ini akan disingkirkan. 

“Lembaga Disiplin dijadikan alat paling ampuh untuk melaksanakan tindakan tersebut. Inilah juga yang berlaku terhadap beberapa pemimpin parti sebelum ini, termasuk Datuk Hamzah,” katanya.

Sementara itu Datuk Mas Ermieyati dalam hantaran di Instagram yang berlatarbelakangkan gambar beliau dan Datuk Hamzah, turut berkongsikan surat Lembaga Disiplin yang menggantung keahliannya.

“Akhirnya aku kena gantung. Setakat itu saja Lembaga Disiplin mampu bagi. Untuk saya, syukur Alhamdulillah!! Terima kasih buat semua. Khalas!,” tulisnya.

Notis itu menyatakan penggantungan tersebut turut melucutkan semua jawatan dipegang Datuk Ronald dan Datuk Mas Ermieyati, malah mereka tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atas nama parti sepanjang tempoh berkenaan.

Datuk Ronald dan Datuk Mas Ermieyati adalah antara individu yang menghadiri perhimpunan Reset di Kuala Lumpur, pada 14 Februari lalu, untuk menyokong Datuk Hamzah, sehari selepas beliau dipecat daripada Bersatu.

Berikutan itu, kededua pemimpin itu diberikan surat tunjuk sebab pada 28 Februari lalu, dan diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab kerana melanggar perlembagaan dan disiplin parti dengan menghadiri program berkenaan.

Datuk Hamzah melancarkan gerakan ‘Reset’ bagi mengamalkan prinsip yang diketengahkan gerakan berkenaan dan disifatkannya sebagai asas untuk pembetulan, penambahbaikan serta pengukuhan kekuatan negara secara kolektif.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg