Bersatu Johor teguh sokong Muhyiddin, desak tindakan terhadap timbalan presiden

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersatu Johor teguh sokong Muhyiddin, desak tindakan terhadap timbalan presiden

Feb 11, 2026 | 2:25 PM

Bersatu Johor teguh sokong Muhyiddin, desak tindakan terhadap timbalan presiden

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Bersatu, Johor, Muhyiddin, Hamzah
Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal. - Foto FACEBOOK DR SAHRUDDIN JAMAL

Badan Pimpinan Negeri (BPN) Johor menafikan dakwaan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri hilang keyakinan terhadap Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sambil menegaskan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terus diberikan kepada beliau.

Ketua BPN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, menepis kenyataan Ketua Bahagian yang mendakwa wujud hilang kepercayaan terhadap presiden sebagai tidak benar dan mengelirukan.

Dakwaan itu tidak mendapat mandat rasmi BPN Johor mahupun majoriti Ketua Bahagian Bersatu di negeri Johor, tegas beliau.

“Kenyataan mereka adalah pendirian peribadi dan sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi BPN Johor.

“Kami kekal memberikan sokongan penuh kepada Presiden parti kerana kepimpinan beliau adalah tonggak kestabilan organisasi,” katanya dalam satu kenyataan media pada 10 Februari.

Tambahnya, usaha mewujudkan persepsi sebaliknya hanya akan melemahkan parti serta mengelirukan ahli di peringkat akar umbi.

Pada masa yang sama, BPN Johor mendesak Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin, serta mana-mana penyokongnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan terbuka bercanggah dengan Perlembagaan Parti dan keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi.

Dr Sahruddin menyifatkan tindakan dan kenyataan pihak tertentu sejak beberapa bulan kebelakangan ini disifatkan mencabar autoriti parti serta mencetuskan ketidakharmonian dalaman.

“Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia boleh menjejas kestabilan serta kesiapsiagaan parti menghadapi cabaran politik akan datang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan BPN Johor bersama Ketua Bahagian Bersatu negeri telah mencapai ketetapan untuk mengemukakan memorandum rasmi kepada Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

Memorandum itu, katanya, bertujuan mendesak tindakan disiplin tegas, adil dan muktamad diambil termasuk cadangan memecat Datuk Hamzah.

“Tiada mana-mana individu berada di atas Perlembagaan Parti. Kelangsungan Bersatu hanya dapat dipertahankan sekiranya disiplin ditegakkan, kesatuan dipelihara dan kepimpinan Presiden terus diperkukuhkan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Bahagian Tanjung Piai, Encik Musa Khamis, yang mewakili 14 Ketua Bahagian, dilaporkan secara rasmi mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Muhyiddin berikutan kegagalan kepimpinan parti menguruskan krisis dalaman secara berkesan serta penyalahgunaan prosedur disiplin terhadap pimpinan utama parti.

Encik Musa berpandangan, tindakan Lembaga Disiplin terhadap Timbalan Presiden, Datuk Hamzah, serta beberapa Ketua Bahagian dan wakil rakyat yang menyokongnya, lebih bertujuan melindungi kuasa presiden berbanding menjaga kepentingan parti dan matlamat perjuangan Bersatu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg