Bil subsidi bahan api melonjak mendadak susulan kenaikan harga minyak global

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bil subsidi bahan api melonjak mendadak susulan kenaikan harga minyak global

Mar 23, 2026 | 2:15 PM

Bil subsidi bahan api melonjak mendadak susulan kenaikan harga minyak global

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto fail

PETALING JAYA: Bil subsidi bahan api Malaysia meningkat lebih empat kali ganda dalam tempoh kurang seminggu susulan lonjakan mendadak harga minyak global akibat gangguan laluan perkapalan di Timur Tengah, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata subsidi bulanan bagi RON95 dan diesel meningkat daripada RM700 juta ($227 juta) kepada RM3.2 bilion dalam tempoh tersebut. Perkara itu dikongsi menerusi video penjelasan di laman Facebook rasmi beliau pada 22 Mac.

Gangguan di Selat Hormuz, yang menyalurkan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia, telah mengetatkan bekalan global.

“Dalam tempoh kurang seminggu, harga minyak global melonjak daripada sekitar AS$70 (RM275) kepada hampir AS$120 setong,” katanya lapor The Star.

Walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, negara itu masih bergantung kepada import dengan hampir separuh bekalan diperoleh melalui laluan yang terjejas.

Dalam hantaran tersebut, Datuk Anwar berkata Malaysia mengeksport minyak mentah bernilai kira-kira AS$5.5 bilion tahun 2025 tetapi mengimport hampir AS$12.6 bilion, sekali gus mencatat defisit melebihi AS$7 bilion.

“Malaysia menghasilkan minyak, tetapi kita mengimport lebih banyak daripada yang kita eksport,” katanya.

Beliau menjelaskan minyak mentah yang diimport perlu ditapis, diangkut dan diinsuranskan sebelum sampai kepada pengguna, dengan semua kos tersebut meningkat ketika berlaku konflik.

Kenaikan harga minyak turut memberi kesan berantai terhadap kos pengangkutan, harga makanan serta perbelanjaan isi rumah di seluruh negara.

Bagi melindungi pengguna, kerajaan meningkatkan subsidi supaya rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga global.

“Dalam keadaan mencabar ini, Malaysia memilih untuk menyerap sebahagian tekanan kos global demi melindungi rakyat,” katanya.

Datuk Anwar turut menyatakan keyakinan bahawa negara mampu mengharungi cabaran tersebut, sambil menegaskan Malaysia pernah berdepan situasi serupa sebelum ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg