BUTTERWORTH: Seorang bilal dilaporkan meninggal dunia ketika jemaah bersiap sedia menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Bagan Jermal, di Butterworth, Pulau Pinang pada pagi Isnin.
Allahyarham Rosli Md Zain, 49 tahun, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian, lapor akhbar Berita Harian Malaysia.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara Kapten (PA) Widiana Mohd Ani, berkata empat anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada pengerusi masjid berkenaan pada 7.21 pagi.
“Mangsa ditemukan bersandar di kerusi masjid dan tidak sedarkan diri sebelum dibaringkan untuk prosedur prosedur pernafasan kecemasan (CPR) pada 7.26 pagi,” kata Cik Widiana.
Katanya, mangsa diberi CPR selama 20 minit sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM,” katanya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg