Topic followed successfully
Go to BHkuBN Johor perkukuh gerak kerja, bagi lahir pemimpin muda
BN Johor perkukuh gerak kerja, bagi lahir pemimpin muda
Bengkel MCA Johor jadi wadah selaras strategi dan kesiapsiagaan parti
Apr 15, 2026 | 6:00 PM
BN Johor perkukuh gerak kerja, bagi lahir pemimpin muda
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri), bersama Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ketika menghadiri Kem Persediaan Pilihan Raya MCA Negeri Johor. - Foto FACEBOOK ONN HAFIZ GHAZI
Usaha memperkukuh gerak kerja Barisan Nasional (BN) Johor perlu diteruskan menerusi kerjasama erat semua parti komponen termasuk dalam melahirkan generasi pemimpin muda yang lebih berwibawa, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, berkata bengkel kepimpinan anjuran Persatuan Cina Malaysia (MCA) Johor, menjadi wadah penting menyelaras strategi dan memperkemas kesiapsiagaan pertubuhan parti.
Laporan berkaitan
Pemuda Umno terbuka terima
kemasukan semula tokoh lamaMar 30, 2026 | 3:38 PM
Pilihan Raya Negeri Johor, Melaka diusul ditangguh kerana krisis Timur Tengah Apr 13, 2026 | 3:48 PM

