Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak 4 tahun ditinggal sendirian mati jatuh dari tingkat 16 di Putrajaya

Jul 17, 2024 | 12:34 PM
Lokasi seorang kanak-kanak perempuan empat tahun maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah apartment di Presint 9, Putrajaya.
Lokasi seorang kanak-kanak perempuan empat tahun maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah apartment di Presint 9, Putrajaya. - Foto HARIAN METRO

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 rumahnya di Putrajaya, ketika ditinggalkan sendirian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Penolong Pesuruhjaya (AC) A. Asmadi Abdul Aziz, berkata anak bongsu daripada dua beradik itu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia di hospital.

Beliau berkata maklumat kejadian diterima pihaknya daripada MERS 999 pada 7.50 pagi dan kanak-kanak itu dijumpai di kaki pangsapuri kakitangan kerajaan itu.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa ditinggalkan sendirian kerana bapanya, seorang kakitangan kerajaan, menghantar kakak mangsa ke sekolah, manakala ibunya keluar bekerja sebagai guru tadika.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama. Kebiasaannya mangsa akan ditinggalkan sendirian sementara masih tidur sebelum dihantar ke taska yang terletak di bawah pangsapuri berkenaan,” kata AC Asmadi, lapor Harian Metro.

Gambar memaparkan kejadian itu tular di aplikasi WhatsApp.

Encik Asmadi berkata mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Penduduk di pangsapuri berkenaan terkejut mengenai kejadian itu, yang pertama berlaku di situ sejak pangsapuri itu mula didiami 17 tahun lalu.

Encik Faizal Ismail, 43 tahun, yang tinggal di situ sejak 2007, berkata bangunan itu selamat didiami kerana terdapat jeriji di setiap tingkat blok kediaman.

Beliau tidak menolak kemungkinan unsur kecuaian menyebabkan tragedi itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg