Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tragedi gudang runtuh di P. Pinang: Tiga pekerja binaan maut, dua parah, empat masih hilang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tragedi gudang runtuh di P. Pinang: Tiga pekerja binaan maut, dua parah, empat masih hilang

Nov 29, 2023 | 03:21 PM



GEORGETOWN (Pulau Pinang): Tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut, dua cedera parah, manakala empat lagi belum ditemui dalam insiden runtuhan sebuah gudang logistik yang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Georgetown, Pulau Pinang, pada Selasa.


Dalam tragedi kira-kira 9.45 malam itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat mangsa mengesahkan terdapat 18 pekerja bertugas di lokasi ketika kejadian.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamad, berkata sembilan daripada mereka kemudian berhenti rehat untuk solat, manakala sembilan lagi meneruskan kerja sebelum bangunan berkenaan runtuh.

Beliau berkata dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas dikeluarkan daripada runtuhan kira-kira 10 malam.

“Seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital, manakala dua lagi parah dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Usaha mencari mangsa lain yang masih terperangkap dan dikhuatiri tertimbus giat dijalankan dengan kekuatan 80 anggota daripada pelbagai agensi,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Rabu.


Datuk Mohamad Usuf berkata siasatan awal mendapati rasuk (kayu tiang utama) sepanjang 12 meter dengan berat sehingga 14 tan jatuh dan terlanggar rasuk yang lain yang menyebabkan runtuhan.

“Terdapat sebanyak 14 rasuk semuanya jatuh dan menimpa pekerja yang berada di bawah. Setakat ini kita kenal pasti mangsa yang terbabit adalah warga Bangladesh,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, Encik TS Zulfahmi Sutaji, berkata bagi mengeluarkan empat lagi mangsa yang terperangkap, pihaknya menggunakan bantuan kren bagi mengalihkan rasuk yang berat.

“Kawasan yang dikenal pasti adalah seluas gelanggang bola keranjang dan operasi ini akan diteruskan hingga semua mangsa terperangkap dikeluarkan,” katanya di lokasi.

Bangunan itu adalah kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang.

Seorang pekerja di tapak pembinaan gudang logistik yang runtuh itu, Encik Mohidul Islam, warga Bangladesh berusia 43 tahun, sedih kehilangan rakan dalam tragedi itu, namun bersyukur terselamat apabila turun lebih awal untuk berehat beberapa minit sebelum kejadian.

“Saya bersama empat rakan yang membuat kerja kayu di bahagian atas gudang turun untuk berehat sebelum tiba-tiba terdengar dentuman kuat dan keadaan menjadi kelam-kabut selepas menyedari terdapat runtuhan pada struktur pembinaan itu.

“Saya bersyukur kerana turun awal, kalau tidak mungkin saya juga jadi mangsa. Kebanyakan kami di sini baru tiga bulan bekerja di tapak projek ini dan tidak menyangka akan berlaku kejadian seperti ini. Saya amat sedih kerana ramai rakan terkorban,” katanya.

Seorang lagi pekerja warga Bangladesh, Encik Md Ikhtiar, 38 tahun, berkata ketika kejadian itu, beliau bekerja di bahagian bawah gudang sebelum tiba-tiba terasa struktur bangunan itu seperti bergoyang.

Katanya, beliau kemudian berlari keluar menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan daripada pekerja lain sebelum melihat struktur gudang itu runtuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >