IPOH: Budak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama datuknya ketika dalam perjalanan dari Meru di sini ke rumah mereka, terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, malam 14 Disember.
Nahas sekitar 8.40 malam itu menyebabkan Az Dian Raisya Qistina Mohamad Hafisrudin meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala datuknya, Encik Jamil Sumawan, 69 tahun, luka kecil di muka serta tangan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Iswara Aeroback dipandu datuk kepada mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas serta terbalik sekitar 8.40 malam tadi.
Akibat kemalangan itu pemandu bersama cucunya dihantar ke HRPB untuk mendapatkan rawatan, sebelum cucunya itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan HRPB sekitar 10.05 malam.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg