Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak autisme hilang sejak 20 Apr ditemui mati 3km dari rumah

Apr 24, 2025 | 9:29 PM
Seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya yang menghidap autisme ditemukan meninggal dunia di tepi sungai, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Bahagia Dua selepas hilang 
Seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya yang menghidap autisme ditemukan meninggal dunia di tepi sungai, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Bahagia Dua selepas hilang  - Foto JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH 

TAMPARULI (Sabah): Seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya yang menghidap autisme ditemukan meninggal dunia di tepi sungai, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Bahagia Dua selepas hilang sejak 20 April.

Mayat mangsa, Muhd Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5, ditemui di celah timbunan batang buluh yang terapung di tepi sungai berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari pada 24 April.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Encik Mohammad Nor Amit, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari kelima, dimulakan jam 8.30 pagi.

“Jasad mangsa ditemui ketika pasukan penyelamat menggunakan kaedah pencarian ‘water rafting’ di kawasan sungai.”

“Pasukan bomba seterusnya mengangkat mangsa yang disahkan meninggal dunia dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Encik Mohammad Nor berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 tengah hari.

Pada 20 April, mangsa disedari hilang oleh anggota keluarganya apabila tidak ditemui di dalam rumah kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Pencarian mangsa di sekitar rumah bagaimanapun gagal apabila hanya menemui anak patung milik mangsa yang berada di halaman sebelum usaha mencari diteruskan dengan melaporkan kepada pasukan berkuasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg