Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 sekeluarga tak mengaku salah culik remaja, tuntut tebusan RM2j

Apr 24, 2025 | 3:06 PM
polis, Malaysia, culik, kidnap, family, keluarga, mahkamah, court
Lima sekeluarga diiring polis untuk pertuduhan kes culik remaja berusia 16 tahun, tuntut tebusan RM2 juta di Mahkamah Sesyen Seremban. - Foto NSTP

SEREMBAN: Lima sekeluarga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menculik remaja perempuan berusia 16 tahun dan menuntut wang RM2 juta ($599,544), awal April.

Bagaimanapun, semua lima tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mereka ialah D Sasveena, 31 tahun; suaminya, T Boharaj, 32 tahun; adik tiri, Farhin Muhamad Ariffin, 23 tahun; serta dua adik kandung, P K Koshenn Kumar, 21 tahun; dan P K Siveeshinaa.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menculik remaja terbabit dengan cara melarikan mangsa bagi tujuan menuntut wang tebusan RM2 juta.

Perbuatan dilakukan kira-kira jam 5.45 petang di hadapan sebuah salun dekat Jalan S2 B10, Uptown Avenue, Seremban 2, di sini, pada 10 April lalu, lapor Berita Harian Malaysia.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan, mereka boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan dengan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Cik Norazihah Asmuni, tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan jenayah dilakukan serius serta membabitkan keselamatan mangsa.

Sekiranya jaminan diberikan, terdapat risiko kemungkinan tertuduh akan mengganggu mangsa dan keluarga serta saksi pendakwaan lain, selain melarikan diri.

Peguam, Encik T Harpal Singh, memohon tarikh singkat iaitu dua minggu untuk beliau memfailkan hujahan mitigasi rayuan jaminan secara bertulis.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 14 Mei ini.

Media pada 14 Mei melaporkan seorang daripada suspek dipercayai terbabit kes berkenaan ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg