Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak perempuan 5 tahun maut, 4 jam tertinggal dalam kereta

Feb 6, 2024 | 2:03 PM
Tertinggal dalam kereta selama empat jam, kanak-kanak perempuan dijumpai mati di tempat letak kereta
Tertinggal dalam kereta selama empat jam, kanak-kanak perempuan dijumpai mati di tempat letak kereta - Foto hiasan PAULTAN.ORG

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama empat jam di sebuah kawasan tempat letak kereta di Hospital Shah Alam, Selangor pada 30 Januari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berhubung insiden itu daripada seorang pegawai perubatan hospital pada pukul 8.01 malam 30 Januari.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Axia selepas mangsa diambil dari sebuah taman asuhan kanak-kanak berdekatan tempat kejadian sekitar 2 petang.

“Ketika ditinggalkan, mangsa dikatakan berada dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan.

“Ibu mangsa berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital itu dipercayai hanya menyedari insiden terbabit selepas dihubungi suaminya pada 6 petang.

“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan, Hospital Shah Alam, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, bedah siasat sudah dijalankan pada pukul 2 petang 31 Januari dengan keputusan ‘penyiasatan makmal belum selesai.’

“Hasil pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati tidak ada sebarang kecederaan luaran mahu pun dalaman pada kanak-kanak itu,” katanya.

Jelas ACP Mohd Iqbal lagi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

“Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati ketika mengambil anak-anak mereka pulang dari sekolah atau taman asuhan, terutama yang masih kecil supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg