Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cabul budak dalam masjid: Lelaki tukar pengakuan kepada tak bersalah

Mar 27, 2025 | 2:08 PM
Muhamad Adam Haiqal Abdullah, 19 tahun, dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen 3, Kompleks Mahkamah Baru Ampang, untuk prosiding kes cabul seorang kanak-kanak perempuan di dalam masjid pada 21 Februari lalu.
Muhamad Adam Haiqal Abdullah, 19 tahun, dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen 3, Kompleks Mahkamah Baru Ampang, untuk prosiding kes cabul seorang kanak-kanak perempuan di dalam masjid pada 21 Februari lalu. - Foto NSTP/NABILA ADLINA AZAHARI

AMPANG: Lelaki kurang upaya yang tular mencabul kanak-kanak dalam masjid di Batang Kali, dekat Hulu Selangor, menukar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 27 Mac.

Pengakuan dibuat Muhamad Adam Haiqal Abdullah, 19 tahun, selepas pertuduhan dibacakan semula jurubahasa di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin, lapor Berita Harian Malaysia.

“Faham (pertuduhan), tak salah,” katanya.

Tarikh 27 Mac sepatutnya ditetapkan untuk jatuh hukum selepas Muhamad Adam mengaku bersalah atas pertuduhan sama pada 27 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, penganggur itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun lapan bulan di Masjid Sungai Masin, Kampung Sungai Masin, Batang Kali, pada 6.20 pagi, 21 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 akta sama, yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Susulan tertuduh menukar pengakuan, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon tarikh baru untuk serahan dokumen.

Sementara itu, peguam Lingswaran Singh yang mewakili tertuduh memaklumkan akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan.

Bagaimanapun, Hakim Norshila berkata ia hanya boleh dilakukan selepas serahan dokumen pada 29 April ini.

Pada prosiding lalu, pendakwaan mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM15,000 ($4,500) dengan seorang penjamin, namun Muhamad Adam memaklumkan tiada waris hadir untuk membuat jaminan.

Muhamad Adam ditahan dan dihantar ke Pusat Koreksional Puncak Alam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki kurang upaya masalah pendengaran ditahan susulan kes cabul ketika mangsa menunaikan solat di saf belakang ruang solat wanita di masjid terbabit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg