Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Cepat tukar kerajaan, PM rugikan negara dan rakyat: Agong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Cepat tukar kerajaan, PM rugikan negara dan rakyat: Agong

Berkata kemelut politik babitkan pertukaran empat PM sepanjang lima tahun pemerintahan beliau sukar diterima
Jan 30, 2024 | 02:37 PM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, berkata beliau sedih meninggalkan Istana Negara jika rakyat masih berpecah belah.


“Saya sudah buat yang terbaik untuk negara sepanjang lima tahun menjadi Yang di-Pertuan Agong, tetapi sedih nak tinggalkan Istana Negara jika rakyat masih berpecah belah,” kata Sultan Abdullah pada satu sesi khas bersama media di Istana Negara baru-baru ini, sebelum menamatkan pemerintahannya mulai 30 Januari.

Beliau berkata perkembangan politik semasa yang mendedahkan wujud tindakan pihak tertentu untuk menumbangkan kerajaan semasa Malaysia amat menggusarkan kerana ia boleh merugikan dan menjejaskan kestabilan negara.

Sultan Abdullah juga berkata urusan mentadbir kerajaan bukan sesuatu yang mudah dan perubahan yang mahu dilakukan pihak tertentu sebelum tempoh pemerintahan berakhir tidak akan membawa negara ke mana-mana.

“Saya bukan mahu menidakkan mana-mana parti politik tetapi pengalaman bertukar kerajaan itu satu proses yang cukup merugikan negara.

“Sepanjang lima tahun menjadi Agong, saya ada empat Perdana Menteri dan ia cabaran terbesar yang perlu saya hadapi. Saya berusaha menenteramkan negara dan kekalkan keharmonian serta kestabilan hingga kini.

“Mengurus kerajaan ini bukan perkara mudah, pertukaran tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ini akan rugikan rakyat dan kewangan negara.

“Kita sudah ada proses demokrasi yang tertulis pada setiap lima tahun rakyat boleh memilih kerajaan melalui pilihan raya.

“Jadi biarlah sekurang-kurangnya kerajaan yang ada ini memerintah mengikut tempoh ditetapkan, bukan sekadar satu atau dua tahun dan kemudian menukar dengan sewenang-wenangnya,” ujar beliau.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dilantik sebagai Agong ke-17, menggantikan Sultan Abdullah, dan akan bertakhta selama lima tahun mulai 31 Januari.

Spekulasi tentang wujudnya gerakan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi yang digelar sebagai ‘Langkah Dubai’ pada Disember 2023 mengocakkan semula ketenangan politik Malaysia, terutama selepas baru setahun Kerajaan Perpaduan memerintah.

Konspirasi dikatakan dirancang Perikatan Nasional (PN) bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan dakwaan kononnya berjaya mengumpul surat akuan bersumpah (SD) untuk dipersembahkan kepada Agong sehingga membangkitkan rasa kurang senang rakyat dengan perkembangan politik Malaysia.


Sultan Abdullah berkata kemelut politik negara hingga membabitkan pertukaran empat Perdana Menteri berbeza sepanjang lima tahun pemerintahan beliau memberi kenangan sukar diterima.

Beliau berkata apa yang sudah berlaku membuktikan bahawa perubahan yang dimahukan rakyat, dengan Perdana Menteri berkhidmat dalam tempoh singkat, tidak memberi kebaikan langsung kepada negara.

“Jika kita tukar Perdana Menteri setiap tahun, ada Kabinet baru, ia tak menjanjikan apa-apa. Ini pengalaman saya.

“Jadi, rakyat perlu bagi tempoh sewajarnya untuk menilai keberkesanan pentadbiran kerajaan, bukannya dalam tempoh setahun dua dan kemudian mempersoalkan prestasi mereka.

“Apa yang kita boleh buat dalam tempoh setahun? Jika tukar kerajaan, banyak perubahan akan berlaku membabitkan dasar dan corak pentadbiran yang akan melambatkan proses pengurusan. Malaysia pula perlu lebih kompetitif supaya tak ketinggalan.

“Pelabur asing akan melihat perkara ini dan ketidaktentuan kestabilan negara boleh menyebabkan mereka takut melabur di Malaysia, sedangkan kita perlukan mereka untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” ujar Agong.

Sultan Abdullah menggesa rakyat Malaysia supaya memahami kepentingan menjaga kestabilan negara untuk jangka panjang dalam usaha memacu perkembangan ekonomi ke peringkat lebih tinggi.

“Selain bergantung pada kerajaan, kita memerlukan pelabur yang membawa pelaburan besar, tetapi mereka hanya akan bertapak di negara ini jika suasananya kondusif.

“Jika tiada pelaburan asing, kita akan kerugian banyak perkara, termasuk kutipan cukai,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >