Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sultan Abdullah berjiwa rakyat, terserlah wibawa harungi kemelut politik M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sultan Abdullah berjiwa rakyat, terserlah wibawa harungi kemelut politik M’sia

Akhiri tempoh sebagai Ketua Utama Negara pada 30 Jan; tampuk kepimpinan Raja Berperlembagaan diambil alih oleh Sultan Ibrahim
Jan 29, 2024 | 02:00 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi akan menyaksikan detik amat bermakna dalam catatan sejarah Raja Berperlembagaan dengan berlangsungnya dua istiadat penting pada 30 dan 31 Januari ini.


Pada 30 Januari, Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah, akan menamatkan pemerintahan selepas memenuhi tempoh lima tahun di atas takhta sebagai Ketua Utama Negara bermula 31 Januari 2019.

Pada 31 Januari, tampuk pemerintahan negara bakal mencatat era baru di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang akan ditabalkan sebagai Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara.

Menjelang tamatnya pemerintahan Sultan Abdullah dan istiadat menyambut Sultan Ibrahim, pelbagai emosi menjentik hati rakyat.

Antara yang turut terkesan ialah Penasihat Undang-Undang Sultan Abdullah, Datuk Abdul Rahman Putra Taha, yang menyifatkan beliau terserlah dengan kewibawaan yang sentiasa tenang menghadapi kemelut politik dan krisis Perlembagaan.

“Saya berasa begitu bertuah dan bernasib baik secara peribadi… dan saya berasakan memang Allah telah memilih Sultan Abdullah untuk bersama kita ketika negara menghadapi krisis. Tuanku berhemah sekali.

“Walaupun ada yang kritik, Tuanku berbincang dan menjemput Raja-Raja Melayu. Setelah mendapat pandangan dan bermusyawarah, Tuanku akhirnya buat keputusan selepas mendapatkan semua fakta dan maklumat yang diperlukan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 28 Januari.


Sekalipun di mata dunia Agong dihormati sebagai Ketua Negara Malaysia, bagi rakyat, Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah umpama ‘ayah dan ibu’ yang sentiasa menyantuni rakyat tanpa ikatan protokol.

Kebersahajaan pasangan diraja yang mendapat gelaran sebagai pasangan ‘bersemut’ (bermaksud pasangan yang amat mesra) itu membuatkan golongan marhaen (rakyat jelata) tidak segan meminta untuk bergambar dan permintaan dipenuhi Agong dan juga Tunku Azizah tanpa kekok.

Dalam satu temubual eksklusif Agong bersama media yang disiarkan The Straits Times pada 29 Januari, Sultan Abdullah menggesa supaya kestabilan politik negara dipertahankan, selepas beliau melalui pengalaman melantik tiga perdana menteri, antara 2020 dan 2022.


Menyifatkan perkara itu tidak pernah terjadi dalam sejarah Raja Berpelembagaan, ia kali pertama berlaku selepas Barisan Nasional (BN) yang mentadbir Malaysia selama 60 tahun sejak 1957, tewas pada Pilihan Raya Umum pada 2018.

“Saya melalui tempoh yang mencabar semasa pemerintahan. Saya rasa saya telah cuba sedaya upaya untuk menstabilkan senario politik negara walaupun tidak secara drastik, tetapi sekurang-kurangnya untuk mengekalkan keharmonian dan kestabilan sehingga kini,” katanya yang berusia 64 tahun.

Sementara itu, seramai 30,000 rakyat Johor dijangka berada di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene, di Johor Bahru sehingga ke Hangar Diraja, Senai, bagi meraikan keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim, ke Istana Negara pada 31 Januari.

Ketua Polis Johor, Timbalan Pesuruhjaya M Kumar, berkata ia membabitkan laluan sepanjang 35.5 kilometer yang akan ditutup bermula 7.45 pagi pada hari sama.

Beliau berkata seramai 1,200 pegawai dan anggota termasuk agensi lain akan membantu penugasan mengawal keselamatan dan memastikan kelancaran trafik sepanjang kira-kira sejam perjalanan ketibaan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >