Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cinta ditolak, punca dua beranak dibunuh

Nov 11, 2024 | 3:20 PM
Mangsa bunuh Encik Zulkifli Ibrahim, 62 tahun, (kiri) dan anaknya Siti Zulaila, 30 tahun.
Mangsa bunuh Encik Zulkifli Ibrahim, 62 tahun, (kiri) dan anaknya Siti Zulaila, 30 tahun. - Foto NSTP

GEORGETOWN (Pulau Pinang): Polis mengesahkan kejadian pembunuhan seorang wanita dan bapanya di Lengkok Angsana, Ayer Itam, Pulau Pinang, pada 7 November lalu berpunca daripada ‘cinta ditolak’.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata siasatan mendapati suspek yang juga lelaki tempatan berusia 32 tahun itu menaruh perasaan terhadap mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa yang berusia 30 tahun tidak berminat dengan suspek.

“Sebelum kejadian suspek juga dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluarga mangsa di kediaman mereka,” katanya pada 11 November, lapor Berita Harian Malaysia.

Pada 7 November lalu, wanita dikenali sebagai Siti Zulaila Zulkifli, 30 tahun, dan bapanya, Encik Zulkifli Ibrahim, 62 tahun, maut akibat ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa wanita itu baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi suspek yang bersenjatakan pisau dan menikamnya.

Bapa mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan tindakan suspek tetapi turut ditikam.

Suspek yang turut bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali kemudian dikejar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut.

Superintendan Swee Sake berkata semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kita masih menunggu laporan ujian darah bagi menentukan sama ada suspek terbabit atau tidak dengan pengambilan dadah,” katanya lagi.

Suspek kini ditahan dan direman selama tujuh hari sehingga 14 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat kedua-dua mangsa.

Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan bersama dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong pada 10 malam pada 8 November.

Selepas pengebumian itu, suami Siti Zulaila, Encik Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal, memberitahu beliau terkesan dengan dakwaan orang ramai yang menggelar isterinya sebagai janda dan menegaskan arwah masih isterinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg