Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuaca buruk: Lokasi pelancongan di Cameron Highlands ditutup sementara

Sep 20, 2024 | 1:52 PM
Hutan simpanan di Cameron Highlands, termasuk Taman Eko Rimba Mossy Forest, akan ditutup sementara susulan cuaca buruk dan ribut petir.
Hutan simpanan di Cameron Highlands, termasuk Taman Eko Rimba Mossy Forest, akan ditutup sementara susulan cuaca buruk dan ribut petir. - Foto INSTAGRAM MOSSYFORESTCAMERONHIGHLANDS

KUANTAN: Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands telah menutup sementara kegiatan rekreasi dalam hutan simpanan di situ selama lima hari mulai 18 September.

Penutupan itu susulan ramalan cuaca dijangka ribut petir dan hujan di daerah itu sepanjang minggu, yang boleh mengakibatkan tanah runtuh dan pokok tumbang.

Pegawai hutan daerah Cameron Highlands, Encik Arifhadi Johari Affandi, berkata kegiatan seperti pendakian di semua kawasan hutan simpanan di Cameron Highlands, termasuk Taman Eko Rimba Mossy Forest dan tapak perkhemahan di Taman Eko Rimba Sungai Pauh, terjejas.

“Untuk tempahan bagi pendakian dan perkhemahan dilakukan dalam tempoh penutupan, pemohon dinasihatkan menghubungi Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands untuk menjadualkan semula tempahan mereka, tertakluk kepada ketersediaan.

“Kami mengutamakan keselamatan pengunjung, dan keputusan untuk menutup sementara hutan simpanan di Cameron Highlands, Taman Eko Rimba Mossy Forest, dan Taman Eko Rimba Sungai Pauh disifatkan wajar bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” kata Encik Arifhadi Johari.

Tambahnya, Taman Eko Rimba Mossy Forest dan Taman Eko Rimba Sungai Pauh merupakan tarikan utama bagi pelancong tempatan dan luar negara yang mengunjungi Cameron Highlands.

Sementara itu, kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia menyatakan operasi di Laluan Kanopi di Taman Negara Pahang turut ditutup sementara susulan ditimpa pokok tumbang.

Operasi kegiatan di Laluan Kanopi ditutup mulai 18 September dan pembukaannya akan diumumkan pada masa depan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg