Cuaca kering dorong durian Pulau Pinang berbuah awal, lebat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuaca kering dorong durian Pulau Pinang berbuah awal, lebat

Mar 23, 2026 | 3:38 PM

Cuaca kering dorong durian Pulau Pinang berbuah awal, lebat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemilik dusun Encik Tan Chee Keat, 35 tahun, berkata kira-kira 20 peratus pokok-pokoknya telah mula berbuah jauh lebih awal daripada biasa.
Pemilik dusun Encik Tan Chee Keat, 35 tahun, berkata kira-kira 20 peratus pokok-pokoknya telah mula berbuah jauh lebih awal daripada biasa. - Foto THE STAR/ ASIA NEWS NETWORK

BALIK PULAU (Pulau Pinang): Semasa penduduk Pulau Pinang mencari perlindungan daripada bahang mentari, pokok durian pula menyambutnya – mekar membunga dengan lebat di bawah terik mentari dan cuaca kering selama berminggu-minggu.

Musim ini menjanjikan hasil tuaian yang melimpah ruah, dengan sebahagian dusun telah mula menunjukkan buah-buahan awal.

Pemilik dusun, Encik Tan Chee Keat, 35 tahun, melaporkan kira-kira 20 peratus pokoknya mula berbuah lebih awal daripada biasa. Beliau menjangkakan jualan akan bermula pada pertengahan April.

“Ini bermakna kurang persaingan dan perniagaan yang lebih baik untuk saya. Selebihnya akan menyusul dari hujung April hingga pertengahan Ogos,” katanya.

Encik Tan menjelaskan, kemarau yang berpanjangan telah menghasilkan keadaan ideal untuk pembungaan, namun para pekebun perlu gigih menguruskan tekanan ke atas pokok.

“Kami menyiram setiap pokok dua kali sehari, pagi dan petang, hanya untuk memastikan ia kekal utuh. Jika daun mula layu, itu petanda ia memerlukan lebih banyak air,” jelasnya.

Beliau menambah, cuaca kering mengurangkan masalah kulat semasa proses pembungaan, yang seterusnya meningkatkan kualiti buah.

Encik Tan, pekebun generasi ketiga yang menguruskan lima dusun, menyatakan tanah berasaskan granit di Balik Pulau – yang lebih longgar dan mudah menyalirkan air berbanding tanah laterit – menjadi rahsia keunikan durian Pulau Pinang.

“Terdapat lebih banyak batu dalam tanah kami, jadi ia tidak menakung banyak air. Ini mempengaruhi tekstur dan rasanya,” ulasnya.

Encik Tan turut berkata kemarau yang berterusan akan menyokong perkembangan buah, walaupun hujan lebat masih boleh mendatangkan ancaman.

“Hujan lebat boleh menyebabkan bunga gugur. Jika cuaca kekal cerah, kami menjangkakan musim yang panjang, dengan harga akan menjadi lebih berpatutan dari pertengahan Mei hingga Jun,” ujarnya.

Seorang lagi pemilik dusun, Encik Tang Boon Ley, 61 tahun, bersetuju bahawa panas yang berpanjangan telah merangsang pembungaan, namun ia menuntut pengurusan dusun yang tekal.

“Biasanya dua minggu cuaca panas sudah memadai. Kali ini, ia sudah hampir dua bulan, jadi kami perlu memantau pengairan setiap hari tanpa henti,” katanya.

Berbeza dengan ladang monokultur yang luas di negeri lain, dusun durian Pulau Pinang selalunya menempatkan pelbagai varieti yang ditanam bersebelahan – Udang Merah, Capri, Kulit Hijau, 604, Kunyit dan banyak lagi – menyumbang kepada kepelbagaian rasa dan tekstur yang kaya.

“Pokok-pokok kini sarat dengan bunga dan sebahagiannya sudah mula berbuah. Kami hanya perlukan cuaca kering yang stabil sekarang dan para peminat durian pasti akan menikmati pesta dalam dua atau tiga bulan lagi,” kata Encik Tang. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg