Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Cukai jualan 10% barangan import dalam talian demi selamatkan industri tempatan M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Cukai jualan 10% barangan import dalam talian demi selamatkan industri tempatan M’sia

Dec 18, 2023 | 03:55 PM



KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai jualan 10 peratus bagi pembelian barang bernilai rendah (LGV) dalam talian bermula 1 Januari 2024 yang mendapat respons negatif pengguna di Malaysia, adalah langkah terbaik untuk ekosistem perniagaan lebih adil antara syarikat pembuatan tempatan dengan luar negara.


Demikian dinyatakan Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Sementa), Datuk William Ng.

Menurut Datuk Ng, pelaksanaan LGV ke atas barang import bernilai RM500 ($141.78) ke bawah yang dijual secara dalam talian wajar dilaksanakan.

Ia akan memanfaatkan usahawan Perindustrian Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.

Beliau berkata cukai berkenaan akan dikenakan terhadap barangan yang dijual oleh peniaga dalam talian dan hanya dikenakan sekiranya barangan terbabit dibawa masuk dari luar negara dan belum dikenakan cukai sebelumnya.

“Perkara itu sekali gus dapat memastikan peniaga dan peruncit tempatan terutamanya PMKS, dapat mengecilkan jurang ketidaksamaan antara mereka yang sememangnya perlu membayar cukai jualan dengan cukai pendapatan berbanding dengan penjual dalam talian dari luar negara yang sebelum ini tidak perlu membayar cukai sama,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 17 Disember.


Pada 16 Disember, Jabatan Kastam Diraja Malaysia memaklumkan akan mula mengenakan LGV sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari 2024.

Sementara itu penganalisis industri, Encik Nazri Hamdan, turut bersependapat bahawa keadaan pasaran sudah tidak sama seperti dulu dan kini semakin bergerak ke arah liberalisasi dan terbuka.

Beliau berkata LGV adalah demi keadilan bagi pengeluar dan pengusaha tempatan berikutan dasar cukai semasa sudah tidak relevan kerana dengan dasar cukai sekarang, yang mana tiada duti import dikenakan jika harga barangan itu adalah di bawah RM500.

“Ini tidak adil kepada pengeluar tempatan. Sebagai contoh, pengeluar tempatan yang mengeluarkan lampu dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus sedangkan barang yang sama dari China tidak dikenakan cukai.

“Jika keadaan ini dibiarkan, lama-kelamaan ia akan menjadikan industri tempatan tidak berdaya saing dan berpotensi untuk pupus.

“Oleh itu, untuk menjadikan keadaan pasaran lebih adil, LVG sebanyak 10 peratus dikenakan, iaitu dengan kadar yang sama dengan cukai jualan 10 peratus yang dikenakan kepada pengeluar tempatan,” katanya kepada BHM pada 18 Disember.

Encik Nazri memberikan contoh satu masa dahulu kedai lampu akan membeli secara borong dari China dengan jumlah yang besar dan peniaga juga memerlukan modal yang besar.

Namun, keadaan telah berubah kerana dengan kemunculan e-dagang, pasaran lebih terbuka luas.

“Kini, saya boleh beli satu lampu terus dari China kerana usahawan dari rumah pun boleh menjadi ‘affiliate’ dan tidak perlu memegang stok dengan hanya perlu membuat pemasaran dan barang itu akan terus dihantar dari China.

“Usahawan ‘affiliate’ juga tidak perlukan modal yang besar seperti mana peniaga tradisional.

“Ditambah dengan dasar cukai yang ada sekarang, barang yang berharga di bawah RM500 tidak dikenakan duti import.

“Keadaan ini dipanggil ‘de minimis facility’. Ini membolehkan barang yang dibawa masuk dari negara luar menjadi murah,” jelasnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >