Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Daim hadapi tuduhan gagal patuhi notis SPRM tidak isytihar 70 aset, satu akaun bank

Jan 29, 2024 | 10:32 AM
HADAPI DAKWAAN: Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang berkerusi roda, ditemani isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi tuduhan berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta di Mahkamah Sesyen pada 29 Januari.
HADAPI DAKWAAN: Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang berkerusi roda, ditemani isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi tuduhan berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta di Mahkamah Sesyen pada 29 Januari. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada pagi 29 Januari atas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank.

Daim, 85 tahun, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin kelihatan tenang dan hanya menjawab, “faham” dan “minta bicara” selepas tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau yang memakai sut hitam dan berkerusi roda, dibenarkan berada di luar kandang tertuduh sepanjang proses tuduhan, lapor Berita Harian Malaysia.

Daim yang memegang jawatan menteri kewangan dari 1984 hingga 1991 didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepadanya oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023, dengan tidak mengisytiharkan harta.

Berita lanjut menyusul.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg