Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Isteri Daim dakwa suami dianiaya kerana kaya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Isteri Daim dakwa suami dianiaya kerana kaya

Dipanggil ke SPRM bersama anak untuk beri keterangan dalam siasatan kes rasuah mantan menteri kewangan M’sia
Jan 10, 2024 | 11:24 AM



PUTRAJAYA: Isteri mantan menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainudin, mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaannya sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.


Toh Puan Naimah Khalid mendakwa kejayaan itu ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baik Tun Daim dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah, lapor BH Online (Malaysia).


“Kini, sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa beliau seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.

“la sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan terlepas daripada tuduhan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi 10 Januari.

Tun Daim sebelum ini dilaporkan antara orang yang disiasat SPRM berkaitan transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion ($660 juta) pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan yang dikaitkan dengan Umno ketika parti itu mentadbir Malaysia.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Menyusuli itu, SPRM pada Jun 2023 membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta, antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Toh Puan Naimah bersama dua anaknya, Encik Muhammed Amin dan Encik Muhammed Amir, tiba di ibu pejabat SPRM pada 10.10 pagi untuk direkodkan keterangan mereka bagi membantu siasatan rasuah terhadap Tun Daim.

Beliau antara lain berkata sebagai sebuah negara bebas dan mengamalkan demokrasi, tidak menjadi kesalahan untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan industri sehingga mengecap kekayaan.

Malah, katanya ia menguntungkan negara melalui pembangunan membina ekonomi dan peluang pekerjaan.

“Walau apa pun, kami memberikan kerjasama kepada SPRM seperti yang dikehendaki undang-undang, walaupun kami tetap mempersoalkan motif siasatan kerana kami tahu kami akhirnya akan dibuktikan tidak bersalah,” katanya.

Bulan lalu, SPRM menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga Daim.

Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >