Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dalang kes samun, ragut secara menyamar penghantar makanan dicekup

Apr 24, 2025 | 3:40 PM
delivery rider, penghantar makanan, Malaysia, samun, ragut, rob
Tangkap layar video tular seorang lelaki disyaki terbabit jenayah ragut dan samun ditangkap pekerja penghantar makanan di Malim. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO TULAR PENGGUNA MEDIA SOSIAL

MELAKA: Tindakan pantas orang awam berhasil menahan seorang lelaki disyaki mendalangi jenayah samun dan ragut di sini, pada petang 23 April.

Terdahulu, tular video selama 46 saat menunjukkan suspek berbaju hitam ditahan beberapa individu pekerja penghantar makanan sebelum diserahkan kepada polis yang bergegas ke lokasi kejadian.

Suspek dipercayai berusia 30-an tahun itu dikejar sejauh kira-kira 12 kilometer oleh sekumpulan penghantar makanan dari sebuah pasar raya di Bachang hingga ke kawasan Malim.

Menerusi video itu, beberapa individu berang dan mendakwa kegiatan suspek menjejaskan periuk nasi mereka sebagai penghantar makanan.

Ini berikutan suspek dipercayai mengaburi kegiatan jenayahnya dengan meletakkan beg sebuah jenama penghantar makanan pada motosikal itu yang ditunggangnya.

Tindakan pantas kumpulan penghantar makanan terbabit mendapat pujian netizen kerana bekerjasama menangkap suspek dipercayai aktif melakukan jenayah itu dalam daerah Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya Christopher Patit, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Katanya, lelaki terbabit disyaki terbabit beberapa kes jenayah berkaitan dan akan kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg