Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Datuk, 2 cucu maut dalam kebakaran rumah di Labuan

Feb 20, 2025 | 3:15 PM
Kebakaran rumah pada awal pagi di Labuan menyebabkan seorang warga emas berusia 65 tahun dan dua cucunya berusia lapan dan 11 tahun rentung, manakala dua lagi kanak-kanak berusia 12 dan 13 tahun cedera.
Kebakaran rumah pada awal pagi di Labuan menyebabkan seorang warga emas berusia 65 tahun dan dua cucunya berusia lapan dan 11 tahun rentung, manakala dua lagi kanak-kanak berusia 12 dan 13 tahun cedera. - Foto JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

LABUAN: Menyayat hati apabila seorang lelaki warga emas dan dua cucunya maut selepas kediaman mereka di Lazenda Villa 2 Kerupang, dekat Labuan, terbakar, pada tengah malam 20 Februari.

Mangsa mendiang Morris Chong Hoon Cheung, 65 tahun, ditemukan rentung di bahagian dapur rumah berkenaan, manakala dua cucunya, Shayviann Kyrona Ruby Chong Shamioon, lapan tahun, dan Shahwin Kind, 11 tahun, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas kededuanya berjaya dikeluarkan.

Sementara itu, dua lagi kanak-kanak lelaki iaitu Shayven Keinth, 12 tahun, dan Shayden Ken Ruby Chong Abdullah, 13 tahun, pula cedera dan kini menerima rawatan di hospital.

Empat lagi mangsa, iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun, kanak-kanak berusia setahun serta dua wanita berusia 32 dan 61 tahun, terselamat dalam kebakaran itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada 12.27 tengah malam 20 Februari sebelum sepasukan 23 anggota termasuk pegawai digerakkan ke lokasi.

Menurutnya setibanya di tempat kejadian, sebuah rumah dua tingkat sedang terbakar 30 peratus dan terdapat sembilan mangsa di dalamnya.

“Tiga mangsa berjaya keluar sendiri melalui tingkap menuju ke bumbung rumah berhampiran.

“Seorang bayi lelaki pula berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan, lapor Harian Metro.

Menurutnya, lima lagi mangsa terperangkap di dalam rumah iaitu empat kanak-kanak dan seorang dewasa.

“Empat mangsa kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Tiga kanak-kanak terbabit diberi rawatan awal di lokasi kejadian menggunakan teknik bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun dua mangsa disahkan meninggal dunia.

“Dua lagi kanak-kanak dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui seorang mangsa dewasa rentung di dapur dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.22 pagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg