Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Denda hingga RM1j ke atas peniaga perdaya pengguna berkaitan halal

Nov 19, 2024 | 12:32 PM
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu sebuah rumah penyembelihan ayam di Puchong atas pelbagai kesalahan termasuk pelanggaran manual prosedur Pensijilan Halal Malaysia pada 29 Oktober.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu sebuah rumah penyembelihan ayam di Puchong atas pelbagai kesalahan termasuk pelanggaran manual prosedur Pensijilan Halal Malaysia pada 29 Oktober. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran keras kepada peniaga bukan Islam yang menggunakan simbol atau unsur berkaitan Islam untuk mengelirukan pengguna Muslim.

Langkah itu bertujuan melindungi hak pengguna Islam daripada penipuan dan manipulasi.

Menurut KPDN dalam jawapan bertulis di Parlimen, tindakan tegas akan diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, yang memperuntukkan denda maksimum sehingga RM1 juta ($330,000) penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

“Bagi premis yang dimiliki oleh peniaga bukan Islam, penggunaan lambang seperti masjid, Kaabah, bulan sabit, bintang, simbol atau tulisan berkaitan Islam, termasuk menggantung ayat suci Al-Quran dengan niat memperdayakan atau mengelirukan pengguna Muslim adalah satu kesalahan,” kata KPDN dalam satu kenyataan.

KPDN menegaskan bahawa mana-mana peniaga, sama ada Muslim atau bukan Muslim, mesti memiliki sijil halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Negeri (Main) atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) sebelum menggunakan istilah atau simbol berkaitan halal.

“Mana-mana individu yang melanggar Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya,” kata Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, yang mengemukakan soalan berhubung tindakan terhadap peniaga bukan Islam yang menyalahgunakan nama, cap atau logo berkaitan Islam, menyambut baik ketegasan KPDN.

“Kita perlu memastikan bahawa pengguna Muslim tidak tertipu, dan peniaga yang tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Dalam kalangan pengguna, isu ini menimbulkan kebimbangan.

Seorang pengguna, Nur Farhana, dalam wadah media sosial X berkata: “Sebagai Muslim, penting untuk kita yakin dengan status halal produk. Tindakan tegas ini sangat diperlukan.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg