Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Dera anak tiri, anak angkat dengan seterika, sudu panas di Sabah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Dera anak tiri, anak angkat dengan seterika, sudu panas di Sabah

Apr 05, 2024 | 11:56 AM



KENINGAU (Sabah): Polis menahan sepasang suami isteri di Keningau, Sabah, selepas disyaki mendera dua kanak-kanak lelaki, iaitu anak tiri dan anak angkat mereka berusia lima dan 13 tahun, sejak Mac lalu.


Kededua mangsa didakwa didera menggunakan seterika, batang besi, sudu panas dan air panas hingga menyebabkan badan luka dan melecur.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai, berkata kejadian itu disedari seorang lelaki berusia 27 tahun ketika didatangi mangsa berusia 13 tahun yang menjual burger di sebuah premis di Keningau, Sabah, kira-kira 12 tengah hari, pada 2 Mac.

Katanya, lelaki itu menyedari terdapat kesan luka seperti terkena seterika pada badan kanak-kanak terbabit disyaki didera.

“Menyedari keadaan mangsa seperti didera, beliau kemudian membuat laporan polis sebelum kedua-dua suspek suami isteri berusia 27 dan 36 tahun ditahan di rumah sewa mereka di pekan Keningau, pada petang 4 April.

“Kededua suspek juga didapati mempunyai kes jenayah lampau berkait dadah,” katanya lapor Kosmo.


Menurutnya, siasatan lanjut turut mendapati seorang lagi mangsa lelaki berusia lima tahun turut didera oleh kedua-dua suspek.

“Mangsa berusia 13 tahun itu adalah anak tiri kepada suspek wanita. Kedua-dua mangsa tiada sebarang talian persaudaraan dan dijaga oleh kedua-dua suspek. Mangsa berusia lima tahun pula adalah anak angkat kedua-dua suspek,” katanya.

Siasatan mendapati kejadian dera itu berlaku di rumah sewa suspek antara 24 Mac hingga 30 Mac lalu.

“Mangsa berusia 13 tahun didera menggunakan seterika beberapa kali pada bahagian depan dan belakang badan kerana terdapat kesan melecur yang sudah hampir kering. Suspek melakukannya kerana mendakwa mangsa menipu menghabiskan jualan burger,” katanya.


Beliau berkata mangsa dipercayai turut dipukul menggunakan kayu dan batang besi pada belakang badan, manakala seorang lagi mangsa disiram air panas.


“Mangsa juga dipaksa berdiri di atas air panas hingga kedua-dua kakinya melecur. Selain dipukul menggunakan besi di bahagian belakang badan.


“Mangsa kemudiannya ditekap dengan seterika oleh suspek wanita pada bahagian kiri dan kanan tangan serta belakang badan hanya kerana lambat membuka lampin pakai buang ketika bangun tidur,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >