Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Di sebalik siasatan banteras rasuah di M’sia...

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Di sebalik siasatan banteras rasuah di M’sia...

ANALISIS BERITA
Jan 28, 2024 | 05:32 AM



Siasatan meluas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak kebelakangan ini telah menarik perhatian ramai.

Ada yang menyokong siasatan itu dengan menyatakan langkah tegas menentang rasuah perlu dilakukan pihak berkuasa Malaysia tanpa mengira darjat atau latar belakang.

Namun ada juga yang mengkritik dengan mendakwa langkah itu adalah tindakan menekan mereka atau pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan semasa pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk ada yang menyifatkannya sebagai dendam politik.

KES BERPROFIL TINGGI

Antara kes siasatan termasuk ke atas mantan menteri kewangan Tun Daim Zainudin berkaitan transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion ($0.65 bilion) pada November 1997.

Ia membabitkan syarikat Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan Umno, ketika parti itu memerintah Malaysia.

Isterinya, Toh Puan Naimah Khalid, mengecam kerajaan Malaysia sambil mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaannya sebagai ahli perniagaan selain tidak sehaluan dengan Datuk Anwar.

Selain itu, seorang ahli perniagaan, Encik Mirzan Mahathir, diberi tempoh 30 hari untuk mengisytiharkan semua hartanya, sama ada di dalam atau di luar negara. Beliau merupakan anak mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siasatan itu mengundang kecaman Dr Mahathir yang mendakwa tujuan SPRM menyiasat anaknya adalah untuk mengumpul bukti bagi mendakwanya di mahkamah kelak.

Pada masa sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya juga sedang melakukan siri siasatan membabitkan seorang mantan menteri kewangan, seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan sebilangan pegawai utama kerajaan Malaysia berhubung dakwaan rasuah melibatkan perolehan dan pengurusan kumpulan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM BERTINDAK BEBAS

Mengenai dakwaan tindakan SPRM itu menyasarkan pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan semasa, Datuk Anwar menegaskan kerajaannya tidak menyasarkan mana-mana bekas pemimpin atau individu.

Beliau berkata selain bertindak secara bebas, SPRM sekadar menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi membanteras rasuah tanpa mengira status dan kedudukan.

“Itu urusan SPRM, tetapi saya tidak mahu orang anggap ini (rasuah) perkara kecil. Kes baru atau lama, semua disiasat. Jika tak salah, tak perlu bimbang kerana siasatan akan dibuat teliti dan pendakwaan akan dikemukakan sekiranya ada bukti yang kukuh,” kata beliau.

Mengulas mengenai siasatan berprofil tinggi itu, penganalisis politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Azmi Hassan, berkata siasatan membabitkan tokoh seperti Tun Daim hanya boleh dilakukan sekarang kerana semasa zaman pemerintah Dr Mahathir perkara itu agak mustahil.

“Bagi saya tidak kira sesiapa yang disiasat, asalkan ada merit. Sama ada kesalahan itu dilakukan semalam atau dua dekad lalu, jika ada merit, ia mesti disiasat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Encik Rosdi Amir, berkata SPRM harus meneruskan siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa tidak kira kes berkenaan membabitkan orang awam, ahli politik, orang kenamaan, individu bergelar Datuk, Datuk Seri, Tan Sri atau Tun.

“SPRM harus menjadi satu badan bebas yang diyakini rakyat bagi menjadikannya profesional, relevan dan cekap,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, SPRM tidak pernah mempunyai dan melaksanakan dasar siasatan terpilih dan sesiapa sahaja yang menyebabkan kerugian atau ketirisan dana kerajaan atau awam akan disiasat.

‘PERTARUNGAN SAMPINGAN?’

Namun apakah mungkin siasatan rasuah ini satu langkah sampingan kepada ‘pertarungan sebenar’ di Malaysia, iaitu menjadi juara penduduk Bumiputera di Malaysia, khususnya orang Melayu, yang membentuk majoriti besar pengundi di negara itu.

Selepas merdeka, Umno merupakan parti juara Melayu sehinggalah pada pilihan raya umum (PRU) 2018 apabila parti itu hilang kuasa. Antara sebab utama adalah kes rasuah membabitkan bekas perdana menteri Najib Tun Razak.

Sejak itu, beberapa parti cuba menjadi juara orang Melayu, dan selain Umno, termasuklah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebarang kes rasuah yang berjaya mensabitkan mana-mana pemimpin parti boleh menyebabkan kemerosotan besar sokongan pengundi Melayu, seperti yang berlaku kepada Umno berkait kes Najib dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Oleh itu, siasatan kes rasuah, selain mempunyai merit tersendiri untuk menangkap mereka yang mengamalkan tumbuk rusuk yang menyebabkan ketirisan dana awam, tindakan itu juga boleh menjejas imej dan reputasi sesebuah parti dalam kalangan bukan hanya pengundi Melayu bahkan juga pengundi bukan Melayu.

Malah, parti yang digambarkan sebagai tegas terhadap amalan rasuah dan mampu menjuarai kepentingan Melayu akan dilihat sebagai berpotensi menjadi ‘satu kuasa besar’ dalam menarik sokongan orang Melayu pada PRU akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >