Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Doktor di Terengganu tak mengaku salah tuduhan gangguan seksual

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Doktor di Terengganu tak mengaku salah tuduhan gangguan seksual

Feb 23, 2024 | 11:26 AM



CHUKAI (Terengganu): Seorang pegawai perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 22 Februari atas enam tuduhan melakukan gangguan seksual dan menghasilkan gambar pornografi terhadap enam kanak-kanak.


Dr Anas Ramli, 32 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Tertuduh yang berasal dari bandar ini didakwa atas lima kesalahan menghasilkan gambar pornografi lima kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 11 tahun ketika bertugas di Hospital Kemaman.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di wad sama iaitu pada hujung Disember 2022 hingga Februari 2023, lapor Berita Harian Malaysia.


Dr Anas juga didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap mangsa berusia 12 tahun di sebuah bilik rawatan di hospital terbabit antara 5.45 petang dengan 6.40 petang pada 8 Februari 2023.

Hakim Wan Suhaila kemudiannya mengarahkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM30,000 ($8,430) dengan seorang penjamin.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan memiliki gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbitnya pada 1 November 2022 antara 7.30 pagi dengan 10 pagi di Dewan Bedah Hospital Kemaman.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun serta denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan itu, Majistret Sharifah Amirda Shasha membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga dikenakan syarat dengan tidak dibenarkan mengganggu serta mendekati saksi sepanjang prosiding.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman dan mahkamah menetapkan 21 Mac ini untuk sebutan semula kes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >