Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Drebar lori dibunuh, mayat disumbat dalam but kereta sendiri

Dec 30, 2024 | 11:11 AM
Kereta yang ditemukan dalam semak di tepi jalan Kilometer 26 Jalan Jemaluang-Kahang. Mayat mangsa bunuh ditemui disumbat dalam but keretanya.
Kereta yang ditemukan dalam semak di tepi jalan Kilometer 26 Jalan Jemaluang-Kahang. Mayat mangsa bunuh ditemui disumbat dalam but keretanya. - Foto BH ONLINE

MERSING: Angkara dendam, seorang lelaki dibunuh dan mayatnya disumbat dalam but keretanya yang ditemukan dalam semak tepi jalan Kilometer 26 Jalan Jemaluang-Kahang jam 1.50 tengah hari 29 Disember.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata mayat mangsa berusia 28 tahun ditemukan dengan kesan kelar di leher.

Motif pembunuhan dipercayai kerana mangsa dikatakan ada hubungan dengan bekas isteri suspek.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing mengesahkan kejadian penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dalam but kereta Proton Waja dalam semak di lokasi kejadian.

“Pasukan siasatan khas yang ditubuhkan dapat menahan seorang lelaki dan wanita warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kejadian ini 4.30 pagi.

“Kedua-dua suspek berusia 33 dan 35 tahun ditahan reman tujuh hari mulai 29 Disember membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Susulan kejayaan tangkapan ini, kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Kata Encik Abdul Razak, suspek cuba menutup pembunuhan itu dengan membuatkan Proton Waja berkenaan seolah-olah terbabas dalam semak di lokasi kejadian.

Terdahulu, tular video seorang lelaki yang menemui kereta berkenaan dalam keadaan dihurungi lalat.

Adik mangsa, Cik Norashikin Mohammad, 26 tahun, berkata: “Kami sedih, tidak boleh terima pemergiannya dengan cara begini. Kami mahu keadilan buat arwah.

Menurutnya, kali terakhir abangnya, Encik Shakirin Mohammad, 28 tahun, dilihat adalah pada 25 Disember di rumah keluarganya di Felda Pasak, Kota Tinggi.

Abangnya yang juga pemandu lori, keluar rumah menaiki Proton Waja berkenaan pada 5 petang tanpa memberitahu pergi ke mana sebelum terus tidak pulang ke rumah.

Mereka sekeluarga menerima berita penemuan mayat Encik Shakirin petang 29 Disember dan diminta hadir di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Polis beritahu abang dipercayai dibunuh di tempat lain, mungkin di Johor Bahru, tetapi kemudian dibawa ke Mersing.

“Kami tahu abang tiada musuh, tetapi kawan abang ada beritahu abang pernah diugut suspek. Difahamkan suspek adalah bekas suami kepada wanita kawan abang.

“Setahu kami, wanita itu janda, sebab itu kami tak kisah kalau mereka nak berkahwin, tetapi polis maklum pada kami, mereka baru bercerai bulan ini (Disember),” ceritanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg