Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua anggota polis M’sia didakwa terlibat kes samun, rogol

Jan 12, 2024 | 11:09 AM
AMBIL TINDAKAN: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, bertegas pihaknya menjalankan siasatan rapi terkait kes dua anggotanya disyaki terlibat kes samun dan rogol di Ampang, pada 9 Januari.
AMBIL TINDAKAN: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, bertegas pihaknya menjalankan siasatan rapi terkait kes dua anggotanya disyaki terlibat kes samun dan rogol di Ampang, pada 9 Januari. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis daripada Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Kuala Lumpur, ditahan pihak berkuasa terkait kes samun dan rogol ke atas satu pasangan di Bukit Ampang, Ampang Jaya, pada 9 Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kededua suspek ditahan pada 6 petang 11 Januari oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ampang Jaya, dan direman selama tujuh hari.

Suspek berkenaan dikatakan terbabit dalam kejadian kira-kira 9.45 malam pada 9 Januari lalu ketika kededua mereka melakukan rondaan keselamatan.

Ketika kejadian, dua suspek berkenaan dikatakan memeriksa sebuah kereta jenis Volkswagen Golf yang sedang berhenti, dinaiki mangsa seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun dan seorang wanita warga Uzbekistan berusia 17 tahun.

Kededua suspek yang bertugas di IPD Ampang Jaya, kemudian disyaki mengarahkan mangsa membayar RM500 ($143) selepas memaklumkan bahawa lelaki terbabit akan ditangkap dan dibawa ke balai polis sekiranya gagal membayar wang tunai RM2,000 atas satu kesalahan lalu-lintas yang dilakukan.

Dua suspek itu telah membawa dua mangsa terbabit ke lokasi berbeza sebelum berlakunya kejadian samun dan rogol.

“Seorang daripada suspek dipercayai membawa mangsa ke sebuah bank di Taman Muda, Ampang, dengan menaiki kereta mangsa untuk mengeluarkan wang yang diminta suspek.

“Suspek itu kemudian dipercayai telah merogol mangsa wanita ketika seorang lagi suspek membawa mangsa lelaki ke sebuah bank,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 11 Januari.

Bagi kededua kes itu, dua kertas siasatan telah dibuka iaitu satu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan satu lagi di bawah Seksyen 395/397 kanun sama kerana melakukan rompakan berkumpulan.

Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 376 KK, suspek boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebat, manakala Seksyen 395/397 KK boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg