Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Peniaga runcit rugi hampir RM1j akibat terpedaya polis palsu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Peniaga runcit rugi hampir RM1j akibat terpedaya polis palsu

Jan 11, 2024 | 01:18 PM



ALOR GAJAH: Seorang peniaga kedai runcit mengalami kerugian selepas wang simpanannya berjumlah RM922,300.87 ($264,139) lesap dalam sekelip mata.


Puncanya kerana mangsa lelaki berusia 50-an tahun itu ‘termakan’ taktik penipuan individu yang menyamar sebagai polis pada Disember 2023.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu, berkata pihaknya menerima laporan dibuat pengadu berhubung kejadian pada 9 Januari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pengadu menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Tan’ daripada Polis Perak.

“Suspek pada mulanya menyatakan terdapat seorang pengurus sebuah bank yang sudah berhenti kerja melakukan kegiatan penipuan dengan menggunakan akaun bank pengadu.

“Namun, mangsa menafikan terbabit dalam kes itu sebelum diminta suspek mengikut arahannya jika tidak mahu ditangkap,” katanya dalam kenyataan pada 10 Januari, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Beliau berkata mangsa kemudian diarah untuk meninggalkan kad mesin ATM bank milik pengadu berserta nombor pin di sebuah tempat di Simpang Ampat, di sini, pada 20 Disember tanpa perlu berjumpa suspek.

“Seterusnya pada 3 Januari lalu, pengadu diarahkan pula untuk membuka cek bank atas nama sebuah syarikat suspek berjumlah RM420,000 yang mana mangsa akur dan memasukkan di mesin cek sebuah bank cawangan Alor Gajah.

“Pengadu kemudiannya membuat semakan di akaun bank miliknya di cawangan Pulau Sebang dan terkejut mendapati ada beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun banknya ke akaun tidak dikenali bermula dari 21 Disember lalu hingga 8 Januari berjumlah RM502,300.87,” katanya.

Superintenden Arshad berkata suspek sekali lagi menghubungi mangsa pada 9 Januari meminta beliau membuat transaksi lain, namun tidak diendahkan pengadu yang tersedar ditipu dan kerugian berjumlah sebanyak RM922,300.87.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >