Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua beradik lemas ketika berkelah di Pulau Mentigi, Mersing

Jun 2, 2025 | 10:41 PM
lemas, pulau mentigi, mersing, remaja, berkelah
Dua beradik lemas ketika melakukan aktiviti riadah berkelah di pantai Pulau Mentigi, Mersing. - Foto MARITIM MALAYSIA

MERSING: Kegembiraan sebuah keluarga berkelah di Pulau Mentigi berhampiran Pulau Tinggi bertukar tragedi apabila dua beradik lemas dalam kejadian pada petang 2 Jun.

Dalam kejadian itu, Nur Awatif Udaima Mohd Hisam, 15 tahun, dan adiknya Ahmad Uwais Al Qarni, 13 tahun, ditemui lemas, lapor laman Sinar Harian.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.25 petang dan bot Perkasa 44 diatur gerak bagi operasi mencari dan menyelamat (Carilamat).

“Mangsa pertama, Nur Awatif Udaima, berjaya diselamatkan orang awam berhampiran lokasi kejadian sekitar jam 4.30 petang.

“Manakala adiknya, Ahmad Uwais Al Qarni, ditemukan lemas dua jam kemudian hasil pencarian oleh komuniti pulau,” katanya dalam kenyataan pada malam 2 Jun.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa dibawa ke Jeti Pulau Tinggi dan diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) untuk dibawa ke Jeti Shahbandar Mersing sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg