Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua beradik maut dalam perjalanan ziarah pusara bapa

Sep 24, 2024 | 12:29 PM
Motosikal dinaiki dua beradik yang maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menziarahi kubur bapa di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) berhampiran Stadium Hang Jebat, Melaka.
Motosikal dinaiki dua beradik yang maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menziarahi kubur bapa di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) berhampiran Stadium Hang Jebat, Melaka. - Foto KOSMO!

MELAKA: Seorang remaja dan adik perempuannya berusia lima tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh kontena sampah di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat Stadium Hang Jebat, Melaka, lewat petang 23 September.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang itu, mangsa Allahyarham Muhammad Amirul Hazlin, 18 tahun, dan adik perempuannya, Allahyarhamha Nur Afiqah Sofea Hazlin, lima tahun, dalam perjalanan untuk menziarahi pusara bapa mereka di Bertam Hulu.

Lebih memilukan nahas tersebut turut disaksikan si ibu, Cik Norizan Ujak, 40 tahun, yang mengekori kededua anaknya dengan menunggang motosikal berasingan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya Christopher Patit, berkata kededua mangsa meninggal dunia semasa dirawat di zon merah Hospital Melaka.

“Semasa sampai di lokasi kemalangan, penunggang dipercayai tidak perasan sebuah kontena sampah berada di bahu jalan lalu melanggar kontena sampah pukal berkenaan.

“Akibat kemalangan itu mangsa dan seorang kanak-kanak iaitu adiknya yang dibawa bersama mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Melaka, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya, lapor Kosmo!.

Mengulas lanjut, Encik Christopher berkata pemuda berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam 23 September, manakala adiknya turut menghembuskan nafas terakhir sekitar 12.30 tengah malam, 24 September.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam satu kes berasingan, seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah lori pembancuh simen dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.

Insiden kira-kira 12.30 tengah hari itu 23 September itu berlaku ketika mangsa, Allahyarham Farhan Harith Che Fauzi, 30 tahun, sedang berhenti di lampu isyarat merah dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Penolong Pesuruhjaya Mohd Rosdi Daud, berkata ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori terbabit disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan untuk siasatan lanjut, lapor Berita Harian Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg