Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua beradik warga M’sia terkorban dalam nahas dengan lori simen

Apr 16, 2024 | 5:40 PM
Dua beradik, Allahyarham Joll Mohamad dan Allahyarhamha Latifah Mohamad, terkorban setelah kereta mereka terlibat dalam satu kemalangan dengan lori simen pada 15 April di Jalan Stirau, Stumbin.
Dua beradik, Allahyarham Joll Mohamad dan Allahyarhamha Latifah Mohamad, terkorban setelah kereta mereka terlibat dalam satu kemalangan dengan lori simen pada 15 April di Jalan Stirau, Stumbin. - Foto BALAI BOMBA SRI AMAN

SRI AMAN (Sarawak): Belum sempat dua beradik menyambut Aidilfitri selama seminggu, ajal datang menjemput setelah mereka terkorban dalam nahas di Jalan Stirau, Stumbin, pada 15 April.

Menurut laporan media Malaysia, mangsa dikenali sebagai pemandu, Allahyarham Joll Mohamad, 52 tahun, dan kakak arwah yang juga penumpang kenderaan, Allahyarhamha Latifah Mohamad, 62 tahun.

Ini setelah kenderaan jenis Proton Exora terbabit terlibat dalam kemalangan dengan lori simen.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Encik Henderi Ardimansyah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.27 petang dan segera mengatur gerak jentera serta ambulans dari Balai Sri Aman dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan segera mengeluarkan dua mangsa daripada kenderaan Proton Exora, yang tersepit di ruang pemandu dan penumpang belakang.

“Kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Sri Aman,” katanya.

Menurut hantaran Facebook Balai Bomba Sri Amam, seorang lagi mangsa di dalam kenderaan berkenaan berjaya dikeluarkan lebih awal dan segera dikejarkan ke Hospital Sri Aman oleh paramedik Angkatan Pertahanan Awam.

Encik Henderi menambah pemandu lori simen berusia 43 tahun turut terperangkap dalam kenderaan setelah lorinya terhumban ke dalam parit.

Beliau berkata: “Mangsa (lori) yang cedera ringan berjaya diselamatkan setelah lori terbabit ditarik keluar menggunakan sebuah jengkaut.”

Kedua-dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, jelas Encik Henderi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg