Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Cipta lagu buat ibu sebelum meninggal akibat nahas di AYE

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cipta lagu buat ibu sebelum meninggal akibat nahas di AYE

Allahyarham Syahied Ahmad Samsudin menggubah lagu khas buat ibunya beberapa hari sebelum beliau terlibat dalam nahas motosikal
Jan 17, 2024 | 09:55 PM



Selama tiga bulan sejak Oktober 2023, Allahyarham Syahied Ahmad Samsudin bersengkang mata menghabiskan penciptaan, penulisan dan penggubahan lagu yang ditujukan khas untuk seorang wanita.

Tidak pula disangka lagu berjudul ‘Gadis Berbaju Merah’ merupakan karya terakhir jejaka berusia 29 tahun itu yang sebenarnya ditujukan khas buat si ibu sebelum beliau menemui ajal susulan nahas motosikal pada 16 Januari.

Ketika ditemui Berita Harian (BH) di kediaman Allahyarham di Choa Chu Kang pada 17 Januari, ayah beliau, Encik Ahmad Samsudin Makmoer, berkata lagu tersebut disiapkan pada 12 Januari untuk dikongsi bersama anggota keluarga dan sahabat arwah.


Dengan nada suara yang terketar-ketar dan sambil menahan sebak, bapa tiga orang anak berusia 59 tahun itu berkata:

“Sebelum ini saya ada beri komen bahawa lagu beliau pada awalnya tidak begitu sedap jadi arwah olah kembali lagunya.

“Ibu menjadi tempat arwah mengadu dan mencurahkan isi hati… dan sepertinya arwah tulis lagu terakhir ini khas (untuk ibunya) kerana seperti sudah tahu akan kepergiannya (kelak).

“Sekarang apabila saya dengar lagu ini, boleh nangis.”

Beliau menambah arwah – seorang kapten rel bersama pengendali pengangkutan SMRT – sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Tuas melalui laluan yang kerap diambilnya iaitu menerusi Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).

Dalam satu respon kepada BH, pihak polis berkata ia menerima panggilan pada sekitar 6 pagi pada 16 Januari, berkenaan kemalangan yang melibatkan treler, dua kereta dan dua motosikal di sepanjang AYE menghala Tuas.

Seorang penunggang motosikal berusia 39 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan sedar, manakala Allahyarham Syahied pula dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedar. Arwah kemudian menghembuskan nafas terakhir.

Polis menambah seorang pemandu kereta berusia 29 tahun telah ditahan kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian. Siasatan polis masih dijalankan.

Encik Ahmad, seorang pemandu Grab, menjelaskan beliau sedang memandu penumpang apabila mendapat berita tentang pemergian Allahyarham daripada rakan beliau sekitar 8 pagi.

Beliau menyifatkan perwatakan arwah anaknya itu sebagai seorang yang peramah dan mudah bergaul.

“Tidak kira siapa sahaja, arwah boleh bergaul, seperti mana yang disaksikan semasa solat jenazah dengan ramai individu yang hadir untuk solatkan jenazahnya,” jelasnya.

Nilai keperibadian sedemikian turut dikongsi rakan karib arwah, Encik Muhamad Akmal Aziz.

Beliau yang berusia 30 tahun menjelaskan arwah senang membuat kawan, di samping beliau gemar menunggang motosikal, berbasikal dan bermain papan luncur.

Bapa seorang anak itu, yang telah mengenali Allahyarham sejak di bangku sekolah rendah lagi, menjelaskan: “Arwah seorang yang gemar aktiviti memacu adrenalin dan penggemar motosikal.

“Tetapi lebih daripada itu, beliau seorang sahabat yang berhati murni. Saya masih terkenang lagi baju kemeja T yang dihadiahkan arwah ketika kali terakhir bertemu dengannya pada awal Januari dalam satu pameran motosikal.

“Sebelum itu saya hanya berseloroh kepadanya untuk belikan baju itu, tetapi tak pula saya sangka arwah benar-benar belikan. Itulah antara perbuatan beliau yang saya tidak akan pernah lupa.”

Pengebumian arwah dihadiri sekitar 100 hadirin yang terdiri daripada sahabat, rakan kerja dan anggota keluarganya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >