SPH Logo mobile
Langgan|

2 cedera dalam kemalangan libat 5 kenderaan di PIE

2 cedera dalam kemalangan libat 5 kenderaan di PIE

Jan 17, 2024 | 5:59 PM

2 cedera dalam kemalangan libat 5 kenderaan di PIE

KEMALANGAN BERANTAI: Lima kereta terlibat dalam kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) sekitar 8.35 pagi pada 17 Januari.
KEMALANGAN BERANTAI: Lima kereta terlibat dalam kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) sekitar 8.35 pagi pada 17 Januari. - Foto TELEGRAM/SGROAD BLOCKS

Dua orang telah dikejarkan ke hospital selepas berlaku kemalangan berantai melibatkan lima kereta di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada 17 Januari.

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, ia dimaklumkan mengenai kemalangan di PIE menuju Changi, sebelum susur keluar Lorong 6 Toa Payoh, sekitar 8.35 pagi.

Foto susulan nahas itu, yang diedarkan di wadah komunikasi Telegram, menunjukkan lima kereta di lorong paling kanan ekspreswe empat lorong itu.

Sekurang-kurangnya dua kereta kelihatan rosak, dengan butnya renyuk ke dalam.

Ambulans juga boleh dilihat dalam foto.

SCDF berkata dua orang telah dibawa ke Hospital Tan Tock Seng. Polis berkata seorang pemandu lelaki berusia 42 tahun dan penumpang wanita berusia 56 tahun berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg