Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua lelaki pecah masuk sekolah agama curi wang tunai

May 30, 2025 | 7:10 PM
CCTV, kes curi
Tangkap layar CCTV yang memaparkan suspek di sekolah terbabit. - Foto HARIAN METRO

SHAH ALAM: Dua suspek lelaki diburu polis selepas disyaki memecah masuk dan melarikan wang berjumlah RM1,600 ($489) milik Sekolah Rendah Islam Integrasi Pintar Bukit Jelutong.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu dibuat oleh Timbalan Pengarah sekolah itu pada 11 Mei lalu.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek memecah masuk melalui pintu belakang bangunan sekolah.

“Pemeriksaan dibuat pihak sekolah mendapati sebanyak RM100 yang disimpan di dalam peti wang tunai koperasi serta RM1,500 yang disimpan di dalam laci dilarikan penjenayah.

“Pihak polis juga sudah menerima semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berjaya merakam perbuatan suspek untuk diproses,” katanya lagi.

Encik Mohd Iqbal berkata pihak polis sedang berusaha keras untuk mengesan dan menangkap suspek, lapor Harian Metro.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan bagi kesalahan kedua juga dikenakan denda atau sebat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan premis dan barangan yang berharga disimpan di tempat yang selamat,” katanya.

Terdahulu, video yang memaparkan kedua-dua suspek memecah masuk ke premis berkenaan tular di media sosial dan salah seorang suspek menutup rakaman CCTV.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg