Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua maut dalam insiden tembak dengan polis Malaysia di Johor

Jun 16, 2024 | 11:32 PM
Pegawai polis mengekori sebuah kereta putih yang bergerak dengan mencurigakan sebelum kejadian tembakan itu sekitar 5 petang pada 15 Jun, kata ketua polis Johor M. Kumar.
Pegawai polis mengekori sebuah kereta putih yang bergerak dengan mencurigakan sebelum kejadian tembakan itu sekitar 5 petang pada 15 Jun, kata ketua polis Johor M. Kumar. - Foto THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

JOHOR BAHRU : Dua lelaki, termasuk salah seorang yang mempunyai rekod jenayah membabitkan hampir 40 kesalahan, maut dalam kejadian berbalas tembak dengan polis Malaysia.

Ketua Polis Johor M. Kumar berkata kejadian berlaku pada 5.04 petang pada 15 Jun di Jalan Abad.

Beliau berkata polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan unit siasatan khas polis Johor sedang mengekori sebuah kereta putih yang pergerakannya didapati mencurigakan.

“Apabila suspek menyedari mereka diekori, mereka cuba melarikan diri. Mereka melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Polis bertindak balas hingga keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada 15 Jun.

Tambahnya, susulan kejadian berbalas tembakan itu, polis memeriksa kenderaan itu dan mendapati kedua-dua suspek terbunuh.

Mereka juga menemui dua senjata api - satu pada badan salah seorang suspek - bersama bahan yang dipercayai dadah.

Komisioner Polis (CP) Kumar berkata salah seorang suspek ialah seorang lelaki berusia 42 tahun dengan rekod jenayah membabitkan 38 kesalahan, termasuk jenayah berkaitan dadah.

“Identiti suspek kedua masih belum dapat disahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui padanya,” ujarnya.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Beliau menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg