Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua pegawai imigresen cedera dalam serbuan warga asing di KL

May 6, 2025 | 7:53 PM
warga asing, Kuala Lumpur, ditahan, serbuan, imigresen, Malaysia
Seramai 64 warga asing ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar premis medan selera di Jalan Klang Lama dan premis rumah urut di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - Foto BH ONLINE

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Jabatan Imigresen cedera ketika cuba menahan seorang wanita warga asing dalam operasi di sini pada Isnin malam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen Jafri Embok Taha, berkata kedua-dua pegawai berkenaan cedera ringan di bahagian tangan dan lutut selepas terjatuh ketika mengejar wanita terbabit yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam operasi itu, lapor Berita Harian Malaysia.

Dalam operasi berkenaan, 25 wanita daripada 64 warga asing berusia 18 hingga 60 tahun yang berasal dari Indonesia, Myanmar, Pakistan, Bangladesh dan Nepal, ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar medan selera di Jalan Klang Lama dan rumah urut di Bukit Bintang.

“Kesemua yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen seperti tiada dokumen perjalanan, tinggal lebih masa serta salah guna pas.

Mereka akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan pada Isnin malam.

Beliau juga mengingatkan semua majikan untuk mematuhi undang-undang dan memastikan pekerja warga asing mereka mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di negara ini.

“Kita akan mengambil tindakan tegas dari semasa ke semasa dan fokus kita kepada pihak majikan terutamanya rakyat Malaysia yang melindungi dan menggajikan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah,” katanya.

Beliau berkata serbuan malam tadi sertai 55 pegawai Jabatan Imigresen Kuala Lumpur hasil risikan selama dua minggu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg