Dua warga S’pura didakwa bunuh, cederakan mangsa di JB
Dua warga S’pura didakwa bunuh, cederakan mangsa di JB
Seorang berdepan hukuman mati, seorang lagi didenda RM1,700
Mar 31, 2026 | 1:06 PM
Dua warga S’pura didakwa bunuh, cederakan mangsa di JB
Tertuduh pertama, Muhammad Arif Saiyadi, (kiri) didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Shahid Nazareen Shah Phul Bahar Hussain, (kanan), didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. - Foto BH oleh REMAR NORDIN
JOHOR BAHRU: Dua penyelia kilang warga Singapura didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 31 Mac, atas tuduhan membunuh dan mencederakan dua individu berlainan dalam insiden awal bulan ini.
Tertuduh pertama, Muhammad Arif Saiyadi, 25, menghadapi pertuduhan membunuh seorang lelaki di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Manakala Shahid Nazareen Shah Phul Bahar Hussain, 33, didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Laporan berkaitan
Tempoh reman warga S’pura dilanjutkan bagi bantu siasatan kes bunuhMar 26, 2026 | 3:53 PM
Warga S’pura antara ditahan dalam kes vape campur dadah di JBFeb 4, 2026 | 2:30 PM

