Warga S’pura antara ditahan dalam kes vape campur dadah di JB

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura antara ditahan dalam kes vape campur dadah di JB

Kartrij vape kandung 11.20 liter cecair ketamin, keseluruhan rampasan bernilai RM970,000
Feb 4, 2026 | 2:30 PM

Warga S’pura antara ditahan dalam kes vape campur dadah di JB

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Warga S’pura, kes vape campur dadah, JB
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad. - Foto FACEBOOK POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU: Seorang warga Singapura dan seorang lelaki tempatan ditahan polis di sini kerana dipercayai mengendalikan sindiket pengedaran kartrij vape yang dicampur dadah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata kedua-dua lelaki berusia 38 dan 25 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru pada 1.35 pagi, 29 Januari.

“Suspek tempatan ditahan di hadapan sebuah bank di Taman Mount Austin, yang membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Taman Setia Indah.

‘Di lokasi itu, polis menemui 3,200 unit kartrij vape berisi dadah serta 48 paket serbuk dadah ecstasy.

“Kartrij vape berkenaan dipercayai mengandungi 11.20 liter cecair ketamin dan keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai sekitar RM970,000 ($314,576),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, pada 3 Februari.

Beliau berkata suspek warga Singapura pula ditahan secara berasingan di Taman Molek, dengan polis turut menyita sebuah kereta serta wang tunai berjumlah RM136,850, lapor The Star.

Menurut siasatan awal, suspek tempatan dipercayai bertindak sebagai pengedar, manakala warga Singapura itu disyaki menguruskan operasi serta kewangan sindiket berkenaan.

Sindiket tersebut dipercayai aktif menjalankan kegiatan mereka sejak Disember 2025.

“Modus operandi sindiket ini adalah menggunakan sebuah rumah sebagai tempat simpanan dan melantik ‘runner’ yang menggunakan kaedah ‘drop-off’ di lokasi tertentu untuk pelanggan atau ejen mengambil dadah,” katanya.

Beliau berkata setiap kartrij vape mengandungi kira-kira 3.4 mililiter ketamin dan dijual pada harga RM300 seunit.

Kedua-dua suspek didapati negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Mereka direman sehingga 4 Februari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan rotan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg