SPH Logo mobile
Langgan|

Dua warga S’pura ditemui mati dalam rumah inap di Cheras

Dua warga S’pura ditemui mati dalam rumah inap di Cheras

May 17, 2025 | 3:17 PM

Dua warga S’pura ditemui mati dalam rumah inap di Cheras

Mayat lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 33 tahun itu ditemui pekerja rumah penginapan berkenaan ketika beliau membuat pemeriksaan terhadap kediaman itu, selepas kededua warga Singapura itu gagal dihubungi melalui telefon.
Mayat lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 33 tahun itu ditemui pekerja rumah penginapan berkenaan ketika beliau membuat pemeriksaan terhadap kediaman itu, selepas kededua warga Singapura itu gagal dihubungi melalui telefon. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan seorang wanita warga Singapura ditemui mati dalam sebuah rumah penginapan di Taman Tayton View, Cheras, pada pagi 16 Mei.

Kedua-dua mereka ditemui mati dalam sebuah bilik di rumah penginapan itu, dengan semua ruang udara pada pintu dan tingkap dihalang dan ditutup menggunakan pita pelekat dan plastik sampah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Penolong Pesuruhjaya Aidil Bolhassan, berkata mayat lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 33 tahun itu ditemui pekerja rumah penginapan berkenaan ketika beliau membuat pemeriksaan terhadap kediaman itu, selepas warga Singapura itu gagal dihubungi melalui telefon.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan luaran di bahagian badan kededua individu itu dan tiada sebarang unsur jenayah, serta kedua-dua mereka lengkap berbaju.

“Keadaan kedua-dua individu yang masih belum diketahui status hubungannya didapati sudah mula mereput dan berbau.

“Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan mayat ditemui mendapati pendingin hawa dan tingkap bilik telah dibalut dengan plastik sampah berwarna biru dan ditampal dengan pita pelekat,” kata Encik Aidil kepada media pada 17 Mei.

Menurut Encik Aidil, pihaknya turut menemui pemanggang barbeku yang mengandungi sisa arang yang telah digunakan, selain dua kotak berisi arang.

Selain itu, polis turut menemui bekas yang dipercayai mengandungi dadah jenis ketamin di dalam piring, di bilik tempat kedua-dua individu berkenaan ditemui meninggal dunia, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

“Kami masih menyiasat sejak bila mereka berada di rumah penginapan ini, selain punca kematian serta tujuan mereka menginap di situ.

“Mayat kedua-dua individu tersebut telah dihantar ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk dibedah siasat,” kata Encik Aidil.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg