Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Enam beradik antara suspek rogol budak 11 tahun di Perak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Enam beradik antara suspek rogol budak 11 tahun di Perak

Nov 24, 2023 | 11:13 AM



GERIK (Perak): Tujuh lelaki, termasuk enam beradik, telah diberkas polis Malaysia selepas mereka dipercayai merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir di Kampung Pahat Luar.


Menurut laporan media tempatan, ketua polis Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood, berkata ia menerima laporan pada 20 November, 9.26 malam, mengenai kejadian itu.

Beliau berkata laporan itu dibuat oleh ibu mangsa yang menyatakan anaknya dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh suspek berusia antara 13 hingga 31 tahun – ada merupakan kenalan kepada abang mangsa.

Superintenden Zulkifli menambah siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku sekitar 2 petang pada 3 November sambil disaksikan adik lelaki mangsa – yang melihat tujuh suspek tersebut merogol mangsa di dalam bilik rumah jiran bersebelahan.

Beliau menjelaskan: “Hasil siasatan awal, ibu mangsa yang juga suri rumah berusia 36 tahun diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka berusia 11 tahun dirogol.

“Enam daripada tujuh suspek yang ditahan adalah adik-beradik dengan seorang lagi suspek adalah rakan mereka.”

Saksi, iaitu adik mangsa yang berumur sembilan tahun, melihat ketujuh-tujuh suspek merogol kakaknya, ujar beliau.

“Saksi juga memberitahu ada melihat kejadian yang sama berlaku kepada kakaknya sebelum ini dan perkara ini sudah beberapa kali berlaku. Mangsa tidak bersekolah,” tambahnya.

Semua suspek, kata beliau, ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada 21 November sekitar 1.50 pagi.

Saringan awal air kencing mendapati semua suspek terbabit bebas pengaruh dadah dan semua suspek direman tujuh hari bermula 21 November hingga 27 November bagi membantu dalam siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan, jelasnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >