Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gangguan bekalan air babit 30,000 akaun pengguna di JB mulai 15 Jul

Jul 15, 2025 | 10:02 AM
Johor, air
Lebih 30,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru termasuk Tebrau akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam bermula 15 Julai. - Foto fail NSTP

Johor Bahru: Lebih 30,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru termasuk Tebrau akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam bermula 15 Julai.

Ia berikutan kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang, membabitkan kesemua instrumen penting di loji berkenaan, bagi memastikan kelestarian sistem rawatan air serta bekalan yang lebih mantap bagi jangka masa panjang, lapor Harian Metro.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd, Encik Anuar Abdul Ghani, berkata pihaknya akan turut menyediakan lori tangki, bagi memenuhi permintaan kecemasan daripada premis penting seperti hospital, pusat dialisis serta institusi yang memerlukan bekalan air berterusan.

Gangguan bekalan air berjadual itu langkah proaktif bagi memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan optimum dan selamat kepada pengguna.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang Ranhill SAJ di www.ranhillsaj.com.my dan Facebook rasmi atau menghubungi talian 1800-88-7474 bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg