Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelagat sekumpulan lelaki main bola pakai baju kelawar cuit hati warga net

Oct 19, 2023 | 11:14 AM
REBUT BOLA: Sekumpulan lelaki di daerah Felda Lepar Hilir Lama, Pahang, mengenakan seragam baju kelawar dan batik semasa bermain bola.
REBUT BOLA: Sekumpulan lelaki di daerah Felda Lepar Hilir Lama, Pahang, mengenakan seragam baju kelawar dan batik semasa bermain bola. - Foto TIKTOK/AH_YENZ

Seragam permainan bola sepak yang biasa digunakan pemain adalah kemeja-t, seluar pendek dan kasut but.

Tetapi bagi sekumpulan lelaki di daerah Felda Lepar Hilir Lima, Pahang, seragam yang diperagakan lain daripada biasa.

Daripada video Tiktok oleh pengguna ah_yenz pada Isnin, beliau memuat naik video sekumpulan lelaki bermain bola sepak di sebuah padang dengan hanya memakai kain batik dan baju kelawar.

Video ringkas 20 saat itu turut menunjukkan mereka berkaki ayam sambil ‘berentap’ di padang.

Keterangan video itu menjelaskan acara itu merupakan sukan rakyat yang diadakan secara tahunan oleh penduduk Lepar Hilir.

Gelagat mencuit hati kumpulan lelaki itu tular di media sosial dan ia setakat ini mendapat lebih 1.6 juta tontonan.

Tambah menghiburkan lagi apabila suara latar video tersebut seakan seperti pengulas bola sepak yang sebenar.

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg