BATU PAHAT: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 berlaku di perairan Batu Pahat pada 4.12 petang, 25 Ogos.

Gempa itu dikesan pada kedudukan 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

Lokasinya terletak kira-kira 18 kilometer di barat daya Batu Pahat dan 104 kilometer di barat laut Tanjung Balai-Meral, Indonesia.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan di Malaysia susulan kejadian tersebut.

Orang ramai yang merasakan gegaran akibat gempa itu diminta mengisi borang soal selidik berkaitan (https://forms.gle/VCfRhVeS2y7oKaDE8) bagi membantu pihak berkuasa mengumpulkan maklumat mengenai kesannya.